Stress...Punca & Penyelesaiannya!
Assalamualaikum readers...
Syukur alhamdulillah kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis disini...Hari nie umi nak share pasal punca STRESS dan cara untuk menangani stress! Memang stress kan!hehehehe....
Stress merupakan salah satu gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Terdapat empat jenis faktor yang bole menyebabkan berlakunya tekanan kepada diri seseorang iaitu:
- Survival stress - keadaan apabila seseorang berada dalam keadaan terancam dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut dan gelisah.
- Internally generated stress - dikenali sebagai individu yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu cita2 terlalu tinggi, perfectionist, workaholic dan mengharapkan hasil yang tinggi!
- Environmental & Job Stress - Tekanan di tempat kerja akibat persekitaran yang tidak kondusif seperti ruang kerja yang sempit dan keadaan kerja yang tidak sesuai.Suasana bising semasa bekerja dan pengurusan kerja yang tidak sistematik juga menyumbang kepada stress!
- Fatigue & overwork stress - bebanan kerja yang melampau, dateline kerja yang singkat, perubahan dasar dan prosedur tempat kerja, perkembangan kerjaya seperti peluang kenaikan pangkat, melayan karenah majikan dan pelanggan yang terlalu cerewet
Di antara tanda2 uollss mengalami stress ialah:
- Sakit
- terlalu kurus/gemuk (bila stress, sesetgh orang akan jadi x selera makan atau sebaliknya)
- Tak ceria
- Lesu/letih
- Terlalu/tidak menjaga penampilan diri (serabai)
- Agresif
- suka mengelamun/ termenung
- pelupa
- selalu mengasingkan diri
- mudah marah atau bosan
- sentiasa berpandangan negatif
- hilang pertimbangan
- kuat cemburu
- Ego dan mementingkan diri sendiri
Penyakit stress nie kalau tak diatasi memang bahaya, sebab boleh mengundang maut tau! Sebab tu kalau uollss rase ade tande2 seperti diatas, cepat2 la cari cara nak atasi stress sblm jadi lagi teruk! Kat sini umi share skali cara mengatasi stress untuk panduan kite bersama yer:
- Jangan tinggal solat - sebagai seorang Muslim, kite perlu kembali kepada asas pegangan hidup iaitu solat 5 waktu. Harus diingat bahawa Allah takkan menguji hambaNya diluar batas kemampuan seseorang! So, dirikan lah solat 5 waktu disamping meningkatkan ibadat2 sunat agar hati sentiasa tenang. Perbanyakkan doa kepada Allah agar diberikan petunjuk untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang.
- Sentiasa berfikiran positif & menjadi seorang yang positif - Bukan mudah untuk menjadi seorang yang positif melainkan individu itu mempunyai fikiran yang positif. kuatkan semangat dan yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sentiasa memikirkan perkara yang baik dan berani menerima teguran serta sentiasa mengubah diri menjadi yang lebih baik.
- Kawal emosi - Stress akan menyebabkan mood menjadi tidak menentu. Kadang2 tetibe jer rase nak marah atau masam muke ngan member sebelah kan? Tu semua penymbang stress la tu...Cara terbaik ialah dengan mengawal diri dan emosi agar diri menjadi lebih tenang dan berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan yang akhirnya merugikan diri uollsss jer..
- Ambil masa uollss - Luangkan masa untuk bersendirian dan tenangkan fikiran. Kalau rase dah lame tak bercuti, apply la cuti dan pegi la mane2 tempat2 peranginan macam Pulau Redang ke, Langkawi ke...berehat dan lupekan masalah kat tempat kerja ye!
- Luangkan masa bersama famili dan kawan2 - Bile stress nie, famili merupakan ubat terbaik sebab hanya keluarga yang akan sentiase bersama kita disaat suka dan duka..! Setuju tak klu umi cakap, bagi ibu2 yang berkerjaya mcm umi nie, walau penat bagai nak rak skalipun kt opis, bile balik umah dan tengok wajah anak2, haiiihhhh....hilang semua letih kan! Lakukan aktiviti2 yang menggembirakan bersama keluarga. Selain itu, uollss juga boleh meluangkan masa dengan bff uollsss seperti riadah ke, karaoke ke, bbq ke...Secara tidak langsung, aktiviti2 bersama famili n frens nie akan menceriakan dan menggembirakan hati uollsss yang tengah gundah gulana tewww!
Nak order?
~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~
Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm:
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
Lemari Vitaminku
emel:
yatiesams@gmail.com
COD area
Sekitar kawasan Kuantan
Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU
Comments
Post a Comment