Ketidaksuburan...masalah bersama lelaki dan wanita

Assalamualaikum readers...

Lame bebenor rasenye tak berceloteh kat sini! Dah naik bersawang dah blog umi nie.Itu lah kalau dah lame sangat bercuti, sampai semua bende pun kene cuti same...Al-maklum la, kalau dah cuti tu, kite di perantauan nie mesti nak balik kampung halaman, ye tak? Kat kampung pulak, jgn kate line internet, line telefon pun nak tak nak je timbulnye!sedeyyyy betol la! Tu yang jadi lemau je nk bersiaran time2 cuti...

Ok, dah2 la membebelnye tu! Entri kali nie umi nak cit chat pasal ketidaksuburan. Apa yang uollsss faham pasal ketidaksuburan? Mesti dalam kepala uollsss keridaksuburan ialah bile sepasang suami isteri yang dah lame berumahtangga, tapi belum dapat anak, ye tak? Memang itulah jawapan standard kebanyakkan orang termasuklah umi sendiri...




Menurut definisi WHO (World Health Organization), ketidaksuburan  sebagai penyakit pada sistem reproduktif yang diukur melalui kegagalan untuk mencapai kehamilan klinikal selepas 12 bulan atau lebih melalui hubungan seksual yang kerap dan tidak dilindungi. Dalam bahasa yang lebih mudah, apabila sepasang suami isteri yang mencuba untuk mendapatkan anak dalam tempoh masa setahun atau lebih,tetapi masih belum berjaya, berkemungkinan mempunyai masalah ketidaksuburan. Masalah-masalah ketidaksuburan dialami oleh kedua2 lelaki dan perempuan.

Diantara faktor yang menyumbang kepada masalah ketidaksuburan seperti:
  • Usia - Tahap kesuburan wanita akan menurun secara perlahan-lahan  setelah mencapai umur 30 tahun. Sementara itu, lelaki berusia lebih 40 tahun mungkin akan kurang subur jika dibandingkan dengan lelaki muda.
  • Merokok - Jika salah seorang atau kedua2 suami dan isteri adalah seorang perokok, peluang untuk hamil adalah tipis! Merokok juga turut mengurangkan kemungkinan kebaikan rawatan kesuburan. Wanita hamil yang merokok pula lebih terdedah kepada risiko keguguran bayi dalam kandungan. So, quit smoking now!
  • Pengambilan alkohol berlebihan - Pengambilan alkohol yang berlebihan menjadikan seseorang wanita lebih sukar hamil dan sekiranya hamil dan masih mengambil alkohol, risiko bayi cacat adalah tinggi! 
  • Diet yang tidak sihat - Wanita yang berisiko termasuklah wanita dan lelaki yang mengalami obesiti, mereka yang mengalami masalah pemakanan seperti anoreksia nervosa, bulimia atau wanita yang mengamalkan diet amat rendah kalori dan ketat.
  • Senaman berlebihan - Kajian membuktikan bahawa individu yang bersenam lebih daripada tujuh jam seminggu dikatakan boleh dikaitkan dengan masalah ovulasi.
Faktor2 yang umi mentioned kat atas merupakan faktor2 luaran yang menyumbang kepada ketidaksuburan pasangan suami isteri...Terdapat juga faktor2 dalaman yang merupakan penyumbang utama kepada masalah kesuburan wanita dan lelaki!

Wanita:
  • Gangguan pada telur yang menyebabkan telur tidak matang - Gangguan utama yang menyebabkan telur tidak matang ialah ketidakseimbangan hormon didalam badan! Hormon yang tidak stabil menyukarkan seorang wanita untuk hamil dan boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang dan gangguan dalam proses ovulasi. Keseimbangan hormon juga boleh terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. 
  • Tiub fallopio tersumbatSesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis. 
  • Endometriosisberlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. 
  • Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma) Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.
  • Masalah pada rahimKeadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. 
Lelaki:
  • Masalah gangguan sperma yang tidak matang Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Penghasilan sperma lelaki normal ialah 20 juta sperma dalam setiap 1ml air mani. Sekurang2nya 50% daripada jumlah sperma yang dihasilkan bergerak dengan betul dan sempurna bagi memudahkan proses persenyawaan berlaku. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. 
  • Gangguan kepada pengangkutan spermaBerlaku apabila salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.
Sebelum menjalani rawatan kesuburan, doktor akan menjalankan beberapa ujian ketidaksuburan terhadap pasangan bagi mengenalpasti punca sebenar masalah yang dihadapi. Ujian yang dilakukan ke atas si suami termasuklah pemeriksaan fizikal, analisa semen dan ujian hormon. Ujian-ujian diadakan bagi memastikan sama ada si suami menghasilkan sperma sihat dan mencukupi dan diejakulasi dengan berkesan pada vagina si isteri. Manakala, ujian ke atas si isteri pula merangkumi ujian ovulasi, laporoskopi, ujian hormon dan ultrasound bagi memastikan kekerapan penghasilan telur yang sihat. Ia juga memastikan saluran reproduktif membenarkan telur2 dan sperma untuk masuk ke dalam tiub falopio.

Sebagai hamba Allah yang beriman kepadaNYA, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya...

Kepada yang berminat nak cuba SET SUBUR SHAKLEE, bole terus kontek umi melalui mane2 cara kt bawah nie yer! Umi berbesar hati untuk membantu uollsss....

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU

Comments

  1. setuju sangat. Masalah ketidaksuburan ini dua-dua pihak berganding bahu.

    Jemput baca -->> RAHSIA KAWAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Paling Best Untuk Pudarkan Parut Jerawat Yang Hitam Dan Berlubang-Lubang di Muka!

Omega Guard...Minyak Ikan Terbaik Di Dunia!

7 tips mengatasi morning sickness dengan selamat dan berkesan!