Petua Paling Best Untuk Pudarkan Parut Jerawat Yang Hitam Dan Berlubang-Lubang di Muka!

Assalamualaikum wbt...






Semua orang pernah melalui fasa jerawat, baik jerawat di muka ataupun di badan, betul tak? Bila jerawat dah bertandang, mula  la asyik nak mengadap cermin dengan harapan jerawat yang tumbuh akan hilang dan tak meninggalkan parut! 

Mana yang 'gatal' tangan, tak sah kalau tak dikutil jerawat tersebut sampai berdarah2! Tak pasal-pasal jerawat tu akan tinggalkan kesan, hitam parut hitam dan 'berlobang-lobang'. 

Jom ketahui Cara Paling Best Untuk Pudarkan Parut Jerawat Yang Hitam dan Berlubang-lubang Di Muka!

Aloe Vera

Banyak digunakan sebagai bahan utama dalam produk kecantikan kulit. Gel yang terdapat pada daun pokok aloe vera adalah bagus untuk sembuhkan luka dan melembutkan kulit.

Selain itu, aloe vera tidak mengandungi bahan alergenik yang boleh merosakkan kulit dan tiada kesan sampingan. 

Kak Y suka ambil gel yang terdapat pada batang aloe vera dan sapukan di muka. Biar selama 30 minit dan bilas! Korang boleh cuba cara macam tu jugak tau. 


Baking Soda

Ha, yang ini paling ramai suka kan sebab ada dalam almari kat dapur, betul tak? Selain digunakan dalam membuat kek atau biskut, baking soda juga mempunyai manfaat yang tersendiri untuk menghilangkan parut jerawat. 

Ia mengandungi kristal sodium yang berfungsi memudarkan parut serta memperbaharui kulit agar kelihatan lebih muda dan anjal!

Campurkan 2-3 sudu kecil baking soda dengan sedikit air suam untuk dijadikan pes. Tepek2 dimuka dan biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas. 

Timun

Orang selalu gunakan hirisan timun untuk kurangkan eyebag kan? 

Tapi korang tau tak yang timun mengandungi vitamin A, C dan magnesium yang menjadikannya sangat sesuai untuk menghilangkan parut jerawat di muka! Lepas ni, selain dari tepek kat atas mata, korang tepek jugahirisan timun dimuka yang bermasalah tu.

Madu Asli

Madu merupakan salah satu makanan sunnah yang mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan. 

Untuk memastikan keberkesanan madu, pastikan dapatkan yang original tau, bukan yang tiruan. Bagaimana nak bezakan madu asli dan madu tiruan? Celupkan pencungkil gigi kedalam madu dan titiskan di atas kertas putih. Madu asli tidak akan meresap di atas kertas.

Untuk menghilangkan parut jerawat, sapukan sedikit madu pada bekas jerawat dan biarkan madu tersebut meresap dan kering. Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, campurkan 1 sudu teh kulit kayu manis bagi setiap 2 sudu besar madu.

Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan polyphenol, antioksidan yang melembabkan kulit dan membuang toksin yang terdapat didalam pori2 wajah.

Ia juga membantu pembaikan segera kulit yang rosak seperti parut jerawat! Minyak zaitun juga mengurangkan keradangan secara mendadak dan menghalang pertumbuhan jerawat!

Gunakan minyak zaitun untuk mengurut kulit anda terutama di bahagian parut jerawat tu. Lakukan dengan gerakan membulat selama 10 ke 15 minit dan lap minyak yang berlebihan. Ulang sebanyak 2 kali untuk lembutkan tisu dibahagian parut.

Lepas tu , korang wapkan muka dengan air panas biar liang2 pori terbuka bagi memudahkan minyak zaitun tadi meresap ke dalam parut dan perbaiki tisu parut tadi.


SR Vitamin C dan Vitamin E Complex Atasi Masalah Parut Jerawat Dengan Berkesan!




Ciri-Ciri SR Vitamin C dan Vitamin E Complex

Vitamin C Shaklee bersifat sustained release! Ia dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam darah selama 5 jam untuk 1 tablet. Setiap tablet SR Vitamin C bersamaan dengan 7.5 hidangan buah oren. Juling biji mata kalau nak makan 7 biji buah oren sekaligus, betul tak?

Vitamin E Complex dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E dan merupakan vitamin E yang paling lengkap dipasaran. Ia juga mengandungi 10mg selenium bagi penyerapan optimum vitamin E di dalam tubuh!

Bagaimana Vitamin C dan Vitamin E Complex membantu hilangkan kesan parut jerawat?

Kedua-dua vitamin adalah sejenis vitamin yang mempunyai anti oksidan yang tinggi. Ia membantu melindungi tubuh dan kulit kita daripada diserang oleh radikal bebas yang diakibatkan oleh pencemaran, bahan kimia, asap rokok dan racun. Radikal bebas akan sebabkan pelbagai penyakit dan jadikan kulit kita rosak!

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa pengambilan vitamin C yang berterusan membantu memudarkan parut, bukan sahaja di muka tetapi juga bahagian-bahagian lain di badan.

Vitamin C juga membantu hasilkan kolagen di bawah lapisan kulit kita. Pengeluaran kolagen yang sihat dan  efektif akan membantu mengecilkan parut jerawat dan memudarkan warna parut tersebut.

Vitamin E Complex membantu melindungi wajah daripada 'sunburn' dan juga sinaran uv daripada matahari yang memburukkan lagi keadaan parut jerawat! Ia juga meningkatkan imuniti tubuh dari serangan bakteria dan kuman pembawa penyakit.

Selain itu, Vitamin E Complex juga berfungsi mengurangkan kedut, menghilangkan garis halus dan memulihkan tekstur kulit dan tona muka!


Testimoni I




Testimoni II



Sebotol SR Vitamin C mempunyai 180 tablet dan tempoh penggunaan up to 6 bulan tau! Jimat sangat dah tu...Manakala Vitamin E Complex pula mengandungi 120 tablet dan boleh pakai sehingga 4 bulan, Memang berbaloi2 kan! 

Sesiapa yang berminat dan nak order set combo kulit cantik ni, boleh hubungi kak Y seperti di bawah: 

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~


Kak Y
ID: 1078743

call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302

add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan

Like FB Page:
 Nyhealthybeautywealthy

emel:
 yatiesams@gmail.com

COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU/GDEX/CityLink


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.

Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Omega Guard...Minyak Ikan Terbaik Di Dunia!

7 tips mengatasi morning sickness dengan selamat dan berkesan!