Tuesday, March 3, 2015

7 tips mengatasi morning sickness dengan selamat dan berkesan!

Assalamualaikum readers...


Selamat Sejahtera,


Entri kali ini umi akan kongsikan 7 tips mengatasi masalah morning sickness dengan selamat dan berkesan!

Mabuk hamil atau morning sickness terjadi  biasanya berlaku pada trimester pertama kehamilan.  Ianya berlaku seawal minggu ke-6 dan berakhir pada minggu ke-16 kehamilan. Walaupun dipanggil "morning sickness", tidak semestinya ia terjadi pada waktu pagi sahaja. Terdapat sebahagian ibu-ibu mengandung yang mengalami loya dan mual yang berterusan dari pagi sehingga ke petang atau malam, malah berlarutan sehingga ke saat melahirkan! 



Apakah yang menyebabkan morning sickness?

Di antara sebab-sebab yang mungkin menyebabkan morning sickness ialah:
  • Rembesan hormon hCG yang banyak semasa peringkat awal kehamilan!- Hormon hCG menentukan kehamilan seseorang wanita. Peningkatan hormon ini akan menyebabkan rasa mual2 dan loya pada wanita hamil. Semakin tinggi hormon ini, maka semakin kuat rasa mual dan loya yang ditanggung oleh seseorang wanita hamil.
  • Peningkatan hormon Estrogen semasa hamil
  • Peningkatan deria rasa dan bau - Wanita hamil akan lebih sensitif terhadap sesuatu bau. Tidak hairanlah jika bau yang dihidu sebelum mengandung dianggap wangi dan menyenangkan, menjadi satu bau yang sangat mengganggu dan tidak enak dihidu semasa mengandung!
  • Perut yang sensitif - Semasa mengandung, perut ibu akan lebih sensitif terhadap perubahan hormon yang menyumbang kepada rasa pening dan loya.
  • Stress - Mau tak stress kalau asyik pening dan muntah, ye tak?
Tips Mengurangkan Morning Sickness
  1. Jangan terus bangun dari tempat tidur - Ambil masa untuk bangun dari katil seperti duduk dahulu sebelum bangun dan melangkah ke bilik air! Sediakan tin biskut di tepi katil dan kudaplah sekeping biskut krakers sebelum bangun dari katil bagi mengurangkan rasa loya.
  2. Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit - Ibu mengandung memerlukan sebanyak 300-500 kalori tambahan setiap hari. Bagi memenuhi keperluan kalori harian, disarankan agar ibu mengandung mengambil satu hidangan makanan dengan kerap tetapi dalam bahagian yang kecil. Makan dengan banyak sekaligus akan menambahkan lagi rasa loya.
  3. Elakkan makanan pedas dan berminyak - Makanan tersebut akan menyebabkan perut tidak selesa dan menambahkan lagi rasa mual dan loya!
  4. Peppermint dan halia membantu mengatasi rasa loya dan mual - Jika sudah terbiasa minum teh tarik atau nescafe ais semasa belum hamil, cuba ubah kepada teh peppermint atau teh halia bagi mengurangkan rasa mual. Gula-gula yang berangin juga membantu mengurangkan loya.
  5. Bawa bekal kudap-kudapan dalam beg tangan - Kudapan seperti biskut atau kekacang membantu mengurangkan rasa tidak selesa di dalam mulut dan juga boleh di kudap bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin jika lambat makan.
  6. Minum 10 gelas air kosong - Walaupun sering muntah, ibu mengandung perlu minum air kosong dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi dan sembelit. 
  7. Pengambilan Vitamin B6 - Ibu mengandung disyorkan mengambil 25mg sebanyak 3 kali sehari. Bagi mengatasi masalah morning sickness, jumlah yang disyorkan ialah sebanyak 200mg sehari. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu vitamin ya!
Kak Y pun alami Morning Sickness!

Kak Y mengalami morning sickness semasa mengandungkan anak kedua iaitu pada tahun 2013. Dua pengalaman mengandung yang sangat berbeza untuk kedua2 hero kak Y. Semasa mengandungkan anak sulung, semua nya ok bermula dari mula mengandung sehingga melahirkan. Tiada mual tiada loya...Apabila mengandungkan anak kedua, bermula lah 'fasa mual dan loya' sebaik mengetahui usia kandungan mencecah 4minggu!

Setiap pagi apabila bangun dari tidur, terus rasa pening. Masuk bilik air, tekak terus rasa meloya! Kebanyakan ibu mengandung, kalau dah loya mesti pakej dengan muntah kan? Tetapi berbeza dengan keadaan kak Y yang hanya loya, tetapi tak muntah2 pun. Asyik dok uwekkk...uwekkk... ja dalam bilik air.

Sebelum ni, cuma dengar sahaja kawan-kawan bercerita tentang pengalaman masing-masing yang morning sickness, macam-macam ragam. Ada yang tak boleh bau wap nasi yang baru mendidih, tak boleh bau suami, tak boleh bau yang wangi2 dan macam-macam lagi. Bila dah rasa sendiri morning sickness, baru lah faham apa yang kawan-kawan rasa. Keadaan itu berterusan sehingga kandungan umi mencecah usia 5bulan.

Bagaimana umi mengatasi masalah morning sickness?

Set Hamil Shaklee membantu kak Y mengurangkan masalah morning sickness yang dilalui semasa mengandung. Ramai yang tertanya-tanya, boleh ke vitamin atasi masalah morning sickness? Jawapannya adalah, ya boleh! Selain daripada mengamalkan tips di atas, pengambilan suplemen Shaklee sememangnya sangat membantu kak Y melalui saat-saat indah kehamilan dengan lebih cergas dan bertenaga walaupun mengalami morning sickness!

Anda boleh baca tentang entri Set Hamil Shaklee di SINI ya!

Kepada ibu2 mengandung yang sedang tercari-cari solusi bagi mengatasi masalah morning sickness, kak Y sangat memahami situasi anda kerana kak Y telah melaluinya sebelum ini. Keterujaan mengandung bertukar apabila diuji dengan keadaan badan yang tidak bermaya dan lesu akibat mual dan muntah setiap hari. Takkan nak dibiarkan sahaja keadaan itu berlarutan sekiranya ada cara yang kita boleh lakukan untuk mengelakkannya, betul tak? 

Ambillah langkah bijak dengan menghubungi kak Y segera bagi mendapatkan Set Hamil Shaklee dan kak Y janjikan konsultasi terbaik untuk anda!Sekiranya anda berada berdekatan kawasan jajahan kak Y, jangan ragu-ragu untuk hubungi kak Y dan kita boleh jumpa in person dan berkongsi pengalaman mengandung bersama-sama ya!



~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

kak Y
ID: 1078743

call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302

add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan

Like FB Page:
 Nyhealthybeautywealthy

emel:
 yatiesams@gmail.com

COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.






9 comments:

  1. Tips yang sangat bagus untuk menghadapi morning sickness. Mek ila pun mengalami morning sickness yang teruk setiap kali kehamilan- tapi Alhamdulillah ianya berkurangan bila dah masuk 4 bulan.

    ReplyDelete
  2. bila teringat tentang morning sicknes ni membuatkan MJ serik, tapi lama2 jadi teringin jugak nak melalui lagi heheee

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...dah lepas dah tahap ini..sekarang tunggu masa nak bersalin saja.

    ReplyDelete
  4. Serik kena morning sickness ni... hingga kandungan usia 5 bulan masih muntah2... sayangnya masa tu belum kenal shaklee... skrg anak2 pun dah besar... hehe

    ReplyDelete
  5. Serik kena morning sickness ni... hingga kandungan usia 5 bulan masih muntah2... sayangnya masa tu belum kenal shaklee... skrg anak2 pun dah besar... hehe

    ReplyDelete
  6. Memang tak best bila morning sickness, mood ke laut je ~

    Terima kasih share tips bermanfaat :)

    ReplyDelete
  7. Sy alaminye sm.mc umi... loya yg x muntah2...since tahu preggy ank ke 4.dh 3 kali bsalin...smua bjln spt biasa...yg ni lain macam sikit...dia punya morning sickness tu ya allah...nasib suami memahami n sedia menurut perintah hahahahha....semoga cepat la blalu..... amin...terima kasih Allah swt

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah Kak Y jumpa set hamil masa mengandung kan anak kedua ya.
    Tahniah Kak Y

    ReplyDelete