Wednesday, November 26, 2014

Bakal pengantin bingung cari cara cepat kurus supaya tak nampak macam sarung nangka di atas pelamin!

Assalamualaikum wbt...

Selamat sejahtera...


Aduhai, memang bingung nak cari cara cepat kurus, terutamanya bagi bakal pengantin yang akan bersanding tak lama lagi! Dek terlalu sibuk uruskan persiapan untuk hari besar, berjaga sehingga lewat malam, jadual makan pun jadi tak menentu! Akibatnya, berat badan semakin bertambah dan bertambah dengan jayanya...Dan lagi menambahkan kebingunagn apabila tiba waktu untuk fitting baju nikah dan bersanding, alamak...ketat! Huhuhuhuhu...dalam hati pun berkata2, "nie nanti sah lah nampak macam sarung nangka atas pelamin!OMG!OMG!OMG!"...





Begitulah keadaan yang biasa terjadi kepada bakal pengantin terutama pengantin perempuan...memang susah hati sangat2 bila berat badan naik menjelang hari bahagia. Sebagai penyelesaian, mula la menggagau sana sini mencari ubat atau supplemen yang boleh memberi kesan secepat mungkin! Tetapi awas ya cik adik manis sekalian, tak semua ubatan dan supplemen menjamin keberkesanan yang diharapkan ye...malah, sesetengah ubat dan supplemen boleh membawa kesan buruk kepada pengguna...Jangan disebabkan terlalu taksub untuk kurus sebelum bersanding, segala jenis ubat dan suplemen kurus ditelannya! 

Disini, umi nak kongsikan beberapa tips untuk kurus dengan cepat...Tapi cepat yang umi maksudkan disini bukan sekelip mata ya! 

  • Minum minuman tanpa atau rendah kalori - Kalau merancang untuk kurus, elakkan sama sekali minum minuman berkarbonat atau bersusu seperti Pepsi, Coke, Nescafe dan Kopi! Selain tinggi kalori, minuman tersebut juga mengandungi kandungan gula yang tinggi...Lebihkan minum air masak/air kosong kerana tidak mengandungi kalori dan boleh diminum sebanyak mana yang kita nak.
  • Jangan skip sarapan pagi - Ini sangat penting untuk memenuhi nutrisi untuk keperluan tubuh selepas bangun dari tidur. Ambillah sarapan yang berkhasiat seperti oat, bijirin dan roti gandum bagi membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.
  • Minum air masak secukupnya - Minumlah 6-8 gelas atau sekurang-kurangnya 2liter air masak dalam sehari. Ini bagi memastikan tubuh sentiasa dihidrasi untuk berfungsi sepenuhnya. Jangan tunggu sehingga betul2 haus baru nak minum air masak. Pengambilan air masak juga dapat membantu mengurangkan rasa lapar! So, memang bagus untuk ladies yang sedang berdiet ya!
  • Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan - Sayuran dan buah kaya dengan nutrisi, serat dan rendah kalori. 
  • Makan salad - Makan salad sebelum memulakan hidangan utama. Tujuannya untuk membantu kita untuk makan secara sederhana dan tidak berlebihan semasa menikmati hidangan utama nanti...
  • Pelbagaikan kaedah masakan - Ubah kaeadah memasak dengan menggunakan teknik rebus, kukus, bakar dan gril..Selain memelihara kandungan nutrien di dalam sesuatu masakan, kaedah masakan sebegini adalah lebih sihat dan enak!
  • Pilih makanan bijirin - Selitkan menu harian anda dengan hidangan bijirin seperti roti gandum dan biskut whole wheat. Pilihlah roti whole grain berbanding roti putih biasa kerana ianya lebih sihat dan menyenyangkan..
  • Tidur secukupnya - Tahukan anda bahawa tidur yang mencukupi boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan? Ini kerana kurang tidur akan membuatkan anda makan berulang kali dan berlebihan serta pemilihan makanan yang tidak sihat terutama di waktu tengah malam! Tabiat sebegini adalah sangat tidak elok dan perlu dielakkan.
Ha, best tak tips yang umi share nie, semuanya tips pasal makan kan? Tapi bukan makan dengan sesuka hati ya ladies, makan dengan cara yang betul dan sihat...Umi percaya, ramai bakal pengantin yang tengah baca entri nie berkobar2 nak cuba tips yang umi kongsikan lepas nie! Selain daripada mengamalkan tips di atas, umi nak share satu lagi tips untuk kurus dengan selamat dan dan cepat serta tanpa perlu berlapar iaitu dengan mengamalkan Omega Guard Shaklee...


Bagaimana Omega Guard Shaklee membantu bakal2 pengantin kurus dengan cepat tanpa perlu berlapar?



Umi dah pernah buat entri tentang bagaimana Omega Guard membantu umi mengawal berat badan sepanjang kehamilan pada tahun lepas. Alhamdulillah, umi dah memang serasi sangat dengan Omega Guard nie. Kali nie umi nak bongkar pulak rahsia Omega Guard yang ternyata berkesan untuk menurunkan berat badan!

Omega Guard merupakan minyak ikan yang terbaik di dunia! Selain bagus untuk kesihatan jantung dan perkembangan otak kanak-kanak, Omega 3 yang menjadi bahan utama di dalam setiap kapsul Omega Guard akan bertindak membakar lemak di dalam tubuh badan kita dan menghasilkan tindak balas terhadap hormon Leptin!

Hormon Leptin ialah sejenis hormon yang berkait rapat dengan pengawalan tenaga, metabolisme dan kelaparan. Hormon ini penting kerana ianya memberi isyarat kepada otak samada kita kenyang atau lapar. Semakin banyak hormon leptin dihasilkan, maka semakin kurang rasa lapar dan membuatkan nafsu makan kita berkurangan! 




Satu lagi fungsi hormon leptin ialah meningkatkan kadar metabolisme badan. Apabila metabolisme badan semakin tinggi, maka makanan yang kita ambil akan mudah dan cepat dibakar dan diurai oleh tubuh dan tidak berkumpul sebagai lemak di dalam badan!  Menarik bukan! Senang sangat kalau nak kurus dengan pengambilan Omega Guard nie...Tapi jangan lupa ya, Omega Omega juga, senaman jangan tak buat pulak! 

Kepada bakal pengantin yang masih mencari-cari solusi untuk kurus dengan cepat sebelum majlis persandingan, umi sangat galakkan agar mengambil Omega Guard Shaklee sebagai salah satu cara untuk membantu anda memiliki bentuk badan idaman menjelang hari bahagia kelak...Dan sudah semestinya tiada lagi igauan ngeri memakai baju pengantin bak sarung nangka masa bersanding nanti! Hanya menunggu pujian tetamu yang hadir tentang kecantikan dan kekacakan mempelai di atas singgah sana nan indah gitewww!

Omega Guard juga boleh dimakan oleh seisi keluarga seperti mak atau ayah yang ada masalah sakit lutut/sendi, abang yang ada masalah jantung atau kolesterol, kakak yang sedang mengandung atau menyusukan bayi dan juga adik yang mempunyai masalah lelah atau kurang fokus semasa belajar!

Sempena bulan promosi Omega Guard beli 6 percuma 1 @ beli 2, diskaun 5%, boleh la ambil kesempatan untuk dapatkan mana2 set promosi dengan harga yang ternyata berbaloi2! 

Ingin membuat tempahan?


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU

~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.





Monday, November 24, 2014

Isteri risau luka suami lambat sembuh akibat diabetes!

Assalamualaikum readers...

Selamat sejahtera...


Sebulan yang lalu, seorang sahabat lama telah menghantar sms kepada umi mengadu tentang keadaan suaminya yang selalu keletihan dan tidak bermaya kerana penyakit kencing manis yang dihidapinya sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau memaklumkan bahawa kaki suaminya membengkak dan kudis yang terdapat di kakinya juga berwarna kehitaman...Begitu lah, kalau dah mengidap diabetes, memang luka akan lambat sembuh dan juga wajah pesakit akan kelihatan pucat tidak bermaya...

Beliau juga kedengaran seperti sudah buntu untuk mencari ubat bagi mengubati penyakit suaminya itu. Pelbagai cara telah dilakukan baik moden mahupun tradisional! Namun, isteri mana yang sanggup melihat suami menderita melawan sakit kan? Dalam waktu yang sama, sahabat umi itu juga bertanyakan tentang Vivix yang dikatakan boleh membantu menyembuhkan penyakit kencing manis! 

Sebelum umi menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan Vivix kepada beliau, umi tegaskan bahawa produk Shaklee bukan lah ubat yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit, tetapi sebagai makanan tambahan untuk mencegah dan merawat punca sesuatu penyakit. 


Kenali punca diabetes!




Diabetes ialah satu keadaan apabila paras gula di dalam darah melebihi paras normal! 

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.
Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Kenapa ramai menghidap diabetes?

  • Berlebihan berat badan/ kegemukan
  • Tidak bersenam dan amalan hidup yang tidak sihat
  • Pengambilan makanan yang kurang serat dan tinggi gula
  • Keturunan - diabetes mempunyai kaitan rapat dengan keluarga
  • Peningkatan umur - semakin tua, semakin banyak pengumpulan AGE protein yang menyumbang kepada komplikasi diabetes!
Bagaimana mencegah/mengawal diabetes?

Kalau ikutkan pengalaman umi yang juga mempunyai seorang ayah yang menghidapi kencing manis dan memang susah untuk makan ubat-ubatan hospital, beliau akan menahan diri daripada mengambil makanan yang manis, mengawal pengambilan nasi dan banyakkan minum air masak! Ayah juga akan membuat dan meminum air rebusan daun dan buah delima sebagai salah satu alternatif kepada ubat hospital tersebut.

Alhamdulillah, kaedah/ tips yang ayah umi gunakan memang mampu menurunkan paras gula dalam darah beliau, tetapi kesannya tidak konsisten dan lama kelamaan ayah dah tak mampu untuk menahan diri dari menikmati makanan kegemarannya! 

Itu kaedah yang ayah umi amalkan sejak didiagnos mengidap kencing manis...Kaedah orang lama2 lah katakan...Diantara kaedah/ tips lain untuk mencegah/merawat kencing manis ialah:

  • Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi
  • Amalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam atau berjogging 3 kali seminggu, 30 minit bagi setiap sesi
  • Pilih makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti buah2an dan sayur2an
  • Hindari rokok dan alkohol (bukan sahaja untuk pesakit diabetes, tetapi juga untuk sesiapa saja yang ingin mengekalkan kesihatan yang optimum kerana rokok dan alkohol nie bring more harm than good!)
Mengapa Vivix menjadi pilihan pesakit diabetes?




Vivix merupakan sejenis minuman botani yang diekstrak daripada bahan semulajadi yang tinggi antioksidan seperti anggur muskat, lobak ungu, elderberi dan polyganum cuspidatum. Keistimewaan Vivix ialah mempunyai ramuan sebatian yang dipanggil resveratrol! Apa itu resveratrol dan kelebihannya umi da pernah stori kat sini....Kenali Resveratrol...Komponen Utama Vivix! 

Kandungan resveratrol yang terdapat di dalam Vivix membantu pesakit diabetes dengan mengembalikan sensitiviti badan terhadap hormon insulin! Resveratrol akan mengaktifkan sejenis enzim yang dinamakan "SRIT 1" di dalam badan, yang mana enzim inilah yang yang mengawal tindakbalas badan terhadap insulin dan juga rembesan insulin! Pengaktifan enzim ini juga akan meningkatkan mitochondria di dalam sel-sel badan, memperbaiki fungsi sel dan meningkatkan kadar metabolisme badan. 

Kepada sahabat umi yang risau akan kesihatan suaminya,umi katakan padanya bahawa beliau telah membuat pilihan bijak dengan mencuba Vivix...Dengan penuh doa dan harapan, umi poskan sebotol Vivix kepadanya selepas bayaran diterima...Alhamdulillah, selepas 3 minggu, ini lah hasilnya: 




Syukur umi panjatkan ke hadrat Ilahi bila baca pm sahabat umi nie...Rasa terharu sangat sebab dapat membantu meringankan beban beliau dan suami. Doa umi agar suami beliau akan pulih dan dapat menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia, InsyaAllah...

Kepada uollsss yang diluar sana yang mempunyai masalah kesihatan seperti suami sahabat umi nie, umi sangat menyarankan agar uollsss mencuba Vivix nie. Kalau bukan untuk uollsss, mungkin juga untuk ibu atau ayah atau adik beradik uollsss yang ada penyakit kencing manis, hadiahkan untuk mereka! Ramai yang merungut tentang harga Vivix yang dikatakan mahal iaitu RM475 sebotol 150ml. Tetapi, mana lebih mahal ye, duit atau kesihatan orang yang uollsss sayang? Fikir-fikirkan lah...


Nak order?

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.

Friday, November 14, 2014

Resepi Sotong Masak TomYam

Assalamualaikum readers...

Salam Jumaat...

Alhamdulillah dipanjangkan usia bertemu sekali lagi dengan hari Jumaat yang penuh barakah ini. Sebagai umat Islam, setiap hari adalah hari yang baik dan hari Jumaat merupakan Penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa penting yang terjadi pada hari Jumaat seperti:
  • Allah SWT telah ciptakan Nabi Adam AS
  • Nabi Adam AS dimasukkan ke dalam syurga
  • Allah mewafatkan Nabi Adam AS
  • Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat
Kita juga disarankan supaya memperbanyakkan berzikir, berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan berdoa pada hari Jumaat kerana ianya adalah hari yang mustajab untuk berdoa. 

Ok, tazkirah sikit hari Jumaat nie ya, cari pahala!hehehehe...

Entri umi kali nie agak berbeza dengan entri2 sebelum nie yang banyak bercerita dan berkongsi pasal faedah dan manfaat2 rangkaian produk Shaklee yang sememangnya semulajadi, selamat dan berkesan. Dan yang paling penting HALAL! 

Hari nie umi nak jadi ala-ala chef Wan, iaitu Chef Tie! Nak share dengan uollsss satu resepi yang umi masak malam tadi untuk santapan dinner umi anak beranak iaitu Sotong Goreng TomYam! 

SOTONG GORENG TOMYAM

Bahan-bahan:

500g sotong
1 biji bawang Holand - mayang
1 inci halia - mayang
2 biji bawang putih - mayang
2 batang serai - ketuk2
daun limau purut
cili api
sos tiram
kunyit & garam
minyak masak
1 sk pes tomyam (yg nie umi tambah)
Sedikit sayur2an (carrot, tomato & bunga kobis)

Cara-Cara
  1. Bersihkan sotong, potong ikut suka kemudian perapkan dengan garam dan kunyit. Ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang holand, bawang putih, halia hingga layu dan naik bau.
  3. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan kecilkan api. Biarkan selama 3minit.
  4. Masukkan daun limau purut, pes tomyam, cili api, sos tiram dan juga serai. 
  5. Masukkan sayur2an dan kacau lagi.
  6. Kalau kurang masin, tambahkan garam. Tapi umi tak tambah dah sebab dah cukup masin, manis dan masamnya...
  7. Angkat dan hidangkan. 
Dan, inilah hasilnya....taraaaaaaa....


Sotong Goreng TomYam Madu

Alhamdulillah, resepi nie menepati tekak umi dan anak-anak. Habis lah semangkuk nie malam tadi. Lepas nie bolehlah menambah variasi masakan untuk sotong. Kebiasaannya, sotong umi masak kunyit je, takpun masak sambal.  Sotong nie feveret anak umi yang sulung, tu yang selalu masak! Kalau uollsss nak try resipi nie dan resepi2 lain, kat My Resipi banyak sangat resepi yang best! cuba la pastu pos kat umi tau!


Thursday, November 13, 2014

Selulit....Tidak Menyakitkan Badan Tetapi Menyakitkan Mata!

Assalamualaikum readers...

Selamat sejahtera,

Masalah selulit merupakan masalah yang sering menghantui wanita! Lubang-lubang kecil seperti kulit oren di bahagian pinggul, punggung dan juga paha sangat menjengkelkan dan seperti mencacatkan penampilan seorang wanita terutamanya bagi yang mementingkan penjagaan diri dan penampilan.





Kebanyakan wanita sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan tekstur kulit yang licin dan lembut tanpa selulit! Tetapi, alangkah kecewa sekiranya produk dan rawatan yang dijalani tidak berkesan untuk menghilangkan selulit itu! Keadaan ini berlaku kerana ramai wanita yang tiada kefahaman tentang selulit dan bagaimana selulit terjadi...

Sebelum umi terangkan pasal selulit, umi nak terangkan sikit pasal lapisan yang terdapat dibawah kulit kita. Secara anatominya, kulit manusia terdiri daripada 3 lapisan utama iaitu epidermis, dermis dan lapisan lemak di bawah kulit. Selulit pula terjadi adalah disebabkan muscular atrophy, iaitu keadaan dimana lapisan otot di bawah kulit mula menjadi lemah tidak bermaya dan terpisah daripada kulit menyebabkan lemak yang tidak menarik terbentuk! Maka, terhasillah lubang2 kecil ala2 kulit oren tu... 

Selama nie umi ingat selulit hanya ada pada orang yang berbadan besar atau gemuk macam umi, rupa2 tanggapan umi tu salah! Selulit sebenarnya tiada kaitan dengan berat badan, malahan orang yang kurus kering pun mengalami masalah selulit ni.

Dalam entri kali nie, umi nak kongsi dengan uollsss 7 tips untuk menyingkirkan selulit dengan mudah!

Amalkan Pemakanan Yang Sihat dan Seimbang

Pilih makanan seimbang dengan mengurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat. Lebihkan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan serat. Minum air secukupnya mengikut keperluan tubuh anda. Pilih air putih atau jus buah-buahan.

Pengambilan Teh Diuretik
Amalkan meminum teh diuretik sebagai diet harian anda. Teh diuretik boleh membantu melawaskan kencing dan seterusnya mengurangkan masalah takungan air dalam badan.

Kurangkan Gula
Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai gula yang tinggi seperti biskut, ais krim, coklat dan minuman ringan. Ini kerana gula yang tersimpan secara berlebihan di dalam badan anda akan bertukar menjadi lemak.

Bersukan dan Beriadah
Bagi merangsang peredaran darah dan meningkatkan sistem pencernaan, amalkan aktiviti sukan atau riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain membantu proses pembakaran lemak, bersukan juga amat baik untuk jantung anda.

Sauna dan Mandi Wap
Bagi merangsang peredaran darah dan memecahkan lemak, anda boleh memanjakan diri di spa dengan rawatan sauna atau mandi wap. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, dapatkan juga urutan untuk memecahkan lemak serta lulur bagi menanggalkan sel kulit mati.



Hindari Tekanan
Tekan boleh menyebabkan otot tubuh tertekan sehingga menghalang kelenjar pembuangan racun tubuh. Oleh itu, cuba sedaya upaya untuk menghindari tekanan dengan bercuti atau beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Cuba bantu diri anda daripada memikirkan pelbagai masalah sehingga boleh menjejaskan keseimbangan tubuh anda. 




Elakkan Kafein
Jika sering menjadikan minuman kafein seperti kopi sebagai minuman wajib pada setiap hari, cuba untuk mengurangkan pengambilannya. Elakkan mengambil lebih daripada satu cawan kopi dalam satu hari. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah menjadi tidak lancar.




Kurangkan Garam
Pengambilan garam secara berlebihan tidak baik untuk kesihatan tubuh anda. Begitu juga dengan penggunaan santan. gantikan dengan susu cair rendah lemak. Selain itu, pilih daging yang tidak mengandungi lemak dan ayam yang telah dibuang kulit ketika menyediakan sesuatu masakan.




Kawal Pernafasan
Pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan oksigen dapat diserap dengan baik ke bahagian tubuh. Justeru, Pastikan anda mengamalkan cara pernafasan yang betul. Selain itu, kurangkan dari mengunjungi tempat-tempat yang mempunyai udara yang tercemar atau kawasan yang dipenuhi asap kenderaan dan kilang.

Selain daripada tips yang umi kongsikan di atas, satu lagi cara yang uollsss boleh amalkan untuk hilangkan selulit ialah dengan mengambil ESP Shaklee secara konsisten. ESP Shaklee merupakan sejenis minuman serbuk yang berasaskan soya yang berkualiti tinggi. Kandungan soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP hanya mengandungi non-GMO (Genetically Modified Organism) dan diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 1 canister ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya!




ESP membekalkan sumber protein terbaik yang mengandungi 9 amino asid penting yang tidak dihasilkan oleh tubuh. Amino asid penting untuk pembinaan otot. Otot yang sihat akan mengurangkan pembentukan selulit.  Salah satu sebab lain terjadinya selulit ialah kegemukan. Dengan mengambil ESP, uollsss akan berasa kenyang dengan lebih lama dan amat sesuai untuk menurunkan berat badan. 



Nak order?

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU














Tuesday, November 11, 2014

Aduhhhh...tak tahan lah gatal hidung dan mata!

Assalamualaikum readers...

Selamat sejahtera..


Uollsss selalu tak bila bangun pagi selalu bersin, gatal2 hidung dan mata? Suatu masa dulu, itu lah rutin harian umi setiap kali bangun pagi, mesti bersin2...Bila dah bersin berkali-kali, mula lah hidung pun berair je...Aduh, memang rimas sangat bila kena macam tu! Nak pulak kalau bersin tu sekali dengan pakej gatal2 hidung dan mata. 

Gatal mata dan hidung yang umi alami masa tu, bukan gatal yang sikit2 tau, memang sampai merah2 hidung dan mata! Bila pergi kerja, mula la ofismate tanya kita kenapa, tak sihat ke? ko nangis ke?haiiihhhhh....Kalau uollsss nak tau, itu lah 'seksa' yang umi tanggung sejak zaman sekolah lagi, resdung! 




Mula2 masa dapat tau yang umi ni ada resdung, umi rileks je sebab masa tu tak tahu apa sebenarnya penyakit resdung dan kesan kepada badan. Tapi bila dah sampai tahap bila umi bernafas dan nafas umi berbau busuk, umi mula panik! Takkan teruk sangat resdung umi sampai nafas dah berbau?Oh my Gucci!

Hari ni umi nak share dengan uollsss tentang resdung. Umi percaya ramai readers kat sini yang sebenarnya ada resdung dan tak tahu pun yang resdung nie sebenarnya boleh membawa maut jika tak dirawat! 


Apakah resdung dan bagaimana resdung terjadi?

Resdung atau sinusitis adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Salah satu punca resdung ialah jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga sekelilingnya yang dipanggil sinus. Untuk pengetahuan uollsss, resdung bukan hanya menyerang hidung je tau, tetapi mana-mana anggota badan kita!


Apakah sinus?


perbezaan di antara rongga sinus yang sihat dan rongga yang menghidapi sinusitis


Sinus ialah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bahagian badan yang lain. Sinus menghasilkan lendir untuk dan akan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul dan menjadi tempat pembiakan bakteria yang menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung. 

Gejala Resdung ialah:
  • Hidung tersumbat
  • Lendir daripada hidung dan tekak
  • Muka berasa sakit dan berat terutama pada bahagian antara mata
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan akibat gejala di atas
  • Gejala alahan seperti bersin, gatal hidung dan mata

Siapakah yang berisiko mendapat resdung?
  • Individu yang alah kepada habuk, debu dan asap
  • Alergi kepada makanan laut, pisang dll
  • Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
  • Individu yang mempunyai dinding pemisah hidung yang besar
Komplikasi resdung pula ialah:
  • Jangkitan nanah disekeliling mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Lelah akan bertambah teruk
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil (terutamanya kanak2)
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selsema biasa yang melarat

Bagaimana vitamin Shaklee membantu masalah resdung?

Set Resdung Shaklee terdiri daripada Alfalfa Complex, B Complex dan juga Vitamin C! 




Alfalfa bertindak mengurangkan keradangan yang menyebabkan sakit di bahagian mata dan sekeliling hidung akibat resdung! Ia juga kaya dengan sumber klorofil yang membantu mengurangkan risiko athma, ekzema dan alergik.

Vitamin B Complex mengandungi B6 yang penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antobodi badan. Juga sebagai agen detoksifikasi yang membantu melegakan alahan.

Vitamin C pula berfungsi meningkatkan sistem imun badan dengan membina sel darah merah untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel-sel darah putih menentang bakteria dan kuman, menghalang alergik hidung dan kulit serta athma. Juga mengurangkan gejala selsema dan mempercepatkan proses pemulihan.

Ha, set resdung ni lah yang umi amalkan sampai ke hari ini! Alhamdulillah, tiada lagi gatal2 hidung dan mata diwaktu pagi...Nafas berbau busuk pun dah hilang. Syukur sangat2 sebab dengan izinNya, resdung umi dah hilang...

Kepada uollsss yang ada masalah resdung, cegah sebelum parah! Resdung yang teruk boleh mengakibatkan kematian kerana boleh menyebabkan komplikasi kepada otak! Bila dah sampai tahap macam tu, memang dah terlambat la jawabnya! 

Nak oder?


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU








Omega Guard Jawapan Kepada Masalah Anak Hyperactive!

Assalamualaikum readers...

Selamat Sejahtera





Hari ni umi nak share dengan uollsss tentang ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). Ha, uollsss boleh agak tak apa yang dimaksudkan dengan ADHD nie? Umi rasa, ramai yang biasa tengok kanak-kanak yang mengalami ADHD, tapi tak tahu pun yang budak tu sebenarnya seorang yang mengalami ADHD! Ok, lets find out sharing umi hari nie ya!

ADHD ialah sejenis gangguan terhadap tingkah laku seseorang yang bermula semenjak kecil lagi.  Uollsss biasa tengok kan kanak-kanak yang terlebih lasak atau hyperactive kan? Kanak-kanak sebegini biasanya takkan duduk diam, betul tak? ha, itu lah yang dimaksudkan dengan ADHD aka HYPERACTIVE! Boleh dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak menghidap ADHD dan seorang murid dalam sebuah kelas dikategorikan sebagai hyperactive!

Kanak-kanak ADHD nie kebiasaannya bertindak tanpa berfikir, hiperaktif, dan mempunyai masalah memberi tumpuan. Mereka biasanya paham akan sesuatu arahan tetapi  disebabkan diorang nie tidak boleh duduk diam, tak dapat nak beri perhatian, atau memberi tumpuan menjadikan arahan yang diberikan menjadi tak tentu arah! Kesian sangat kalau parents yang ada anak yang macam nie kan! 

Tanda-tanda ADHD

Kanak-kanak ADHD yang hyperactive selalunya menunjukkan tingkah laku yang terdapat dalam 3 kategori samada di rumah, sekolah atau sebagainya:


  1. Hiperaktiviti - Kanak-kanak hyperactive sangat cergas seolah-olah tenaga mereka 2 kali ganda berbanding kanak-kanak normal yang lain! Kalau di dalam kelas, kanak-kanak sebegini tidak akan duduk diam dan sentiasa berlari dan memanjat. Adakalanya, mereka akan mengusik rakan2 yang lain. Even kalau mereka duduk diam pun, mereka tidak akan menumpukan perhatian.



  1. Tempoh tumpuan yang singkat - Biasa nya kanak2 ADHD susah memberi tumpuan yang lama apabila bercakap dengan ibu bapa atau sesiapapun. Paling lama pun lebih kurang 10 minit jer. Mereka juga tidak dapat mengikut peraturan dan gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Malah tidak hairan jika kanak2 sebegini selalu hilang alat tulis di sekolah.


  1. Kurang sabar - Disebabkan kanak2 ADHD terlalu cergas, mereka juga menghadapi tekanan dimana mereka kurang sabar dalam kehidupan seharian. Contohnya macam kalau berada di dalam kelas, kanak2 ini akan memberi jawapan sebelum soalan habis ditanya. Ini terjadi kerana mereka tidak sabar untuk menunggu dan nak cepat je...





Bagaimana Omega Guard membantu kanak2 ADHD?




Kanak-kanak ADHD berkemungkinan mempunyai tahap asid lemak perlu (termasuk EPA & DHA) yang rendah! Kajian yang dijalankan ke atas 100 orang kanak2 lelaki mendapati bahawa kanak2 yang memiliki asid lemak Omega 3 yang rendah, akan mengalami masalah pembelajaran dan perilaku (seperti mudah marah dan gangguan tidur) berbanding kanak2 lelaki yang mempunyai tahap Omega 3 yang normal.

Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui kaedah penyulingan ultratulen dan bergred farmasi iaitu penyulingan 3 peringkat untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan semulajadi. Fungsi Omega Guard kepada kanak2 ADHD ialah:

  1. Membantu meningkatkan kadar EPA & DHA untuk perkembangan otak yang baik
  2. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, menjadikan kanak2 lebih fokus dan dan memberi tumpuan samada ketika belajar atau bermain
  3. Menajamkan penglihatan dan meningkatkan sistem imun 
  4. Mengelakkan penyakit lain seperti athma dan ekzema
Berikan khasiat Omega 3 kepada anak2 anda ya! Uollssss tau tak yang Omega 3 nie hanya boleh didapati melalui pemakanan sahaja sbb badan kita tak menghasilkan Omega 3. Omega Guard merupakan alternatif kepada sumber Omega 3 yang sangat diperlukan oleh tubuh kita!


Nak order?



~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU





Friday, November 7, 2014

Umi, Mengandung & Omega Guard!

Assalamualaikum readers...

Selamat sejahtera...

Semua yang membaca blog umi mesti dah tau yang bulan November merupakan bulan promosi Omega Guard kan? Tengok je gambar yang kat sebelah kanan uollsss, terpampang dua poster promo Omega! Umi dah pun menyediakan beberapa post berkaitan Omega Guard yang ohsem nie.  Rase seronok dan teruja bila dapat berkongsi tentang Omega Guard dan manfaat2 yang diperolehi hasil daripada consume minyak ikan ultra tulen SHAKLEE nie!

Hari nie umi nak kongsi pengalaman umi sendiri dan Omega Guard. Masih segar diingatan waktu mengandungkan Muhammad Mu'adz Hadi kira-kira 16bulan yang lalu...Sememangnya kehamilan kali kedua ini dirancang sebab anak umi yang sulung, Muhammad Rusydi Hadi dah pun masuk 4 tahun. Umi mula perasan yang umi mengandung pada bulan 7 tahun 2013, bulan dimana semua umat Islam sedang menyambut bulan Ramadhan. Waktu tu kandungan baru berusia 6minggu!

Berbeza sekali mengandung anak kedua berbanding anak sulung kerana umi mengalami alahan aka morning sickness! Alahai, masa tu baru tau macam mana rasanya mual2, loya dan muntah2! Memang sangat menguji, tambah pula dibulan puasa... masa mengandungkan anak sulung, memang takde masalah alahan...Untuk pengetahuan uollsss, masa mengandung anak kedua ni lah umi mula kenal dan jatuh cinta dengan Shaklee, sebab dah tak tahan dengan alahan, umi pun mencari solusi untuk mengurangkan/ menghilangkan alahan pada waktu itu!

Dan alhamdulillah, umi dipertemukan di alam siber dengan Mummy Hanim,  dan beliaulah yang memperkenalkan produk Shaklee pada umi. Masa tu umi ambil set hamil yang terdiri daripada:
  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard
Ok, nampak tu, omega guard termasuk dalam senarai set hamil kan? Kita skip dulu vitamin2 lain yang umi ambil masa mengandung dulu sebab tadi umi dah janji nak kongsi pasal Omega Guard kan? Umi merupakan seorang yang obes! Kalau dah memang obes, bila ke klinik dan buat buku, memang akan dapat tag/stiker hijau! Ibu2 yang mengandung paham la pasal tag/stiker nie kan! Berat badan umi sentiasa dipantau oleh misi dan juga doktor sepanjang umi hamil. Stress sangat bila setiap kali check up, berat naik mendadak walaupun time tu rasa dah jaga pemakanan! memang asyik muka umi je la yang kene repeat appoinment sebab berat naik! Kenapalah tak kenal Shaklee lebih awal...haihhhh...

Untuk mengandung kali kedua, umi ambil Omega Guard diawal kehamilan. Masa tu tak tau lagi apa fungsi Omega Guard, tapi sebab dah masuk dalam set hamil kan, so umi pun makan la dengan gigihnya. Mula-mula macam tak perasan yang berat tak naik, dalam hati berkata2 jugak, mungkin kecik lagi perut, so berat tak naik lagi! Tapi semakin bertambah bulan, baru umi perasan yang pertambahan berat umi seiring dengan usia kandungan! Misi dan doktor pun tak bising sebab berat naik secara normal...lagi satu, orang kata kalau mengandung nie, kita akan jadi kuat makan! tetapi tidak pada umi, masa mengandung kali kedua umi hanya makan apabila lapar sahaja...

Bila dah kesihatan umi dan baby dalam perut sihat, umi pun teruja nak tau mana satu di antara vitamin2 yang umi ambil masa tu yang membantu mengawal berat badan umi nie... Umi pun baca lah kat internet, gugel sane gugel sini...dan hasilnya, Omega Guard yang umi makan selama nie yang berfungsi membantu mengawal berat badan sepanjang kehamilan... Ingatkan makan Omega Guard tu untuk bagi khasiat pada bayi dalam kandungan je, tapi juga bagus untuk ibu! Omega Guard bertindak membakar lemak dan mengawal paras kolesterol dalam darah semasa mengandung! Suka2!

Sekarang, walaupun Muhammad Mu'adz dah pun berusia 7 bulan, umi tetap teruskan mengambil Omega Guard sebagai suplemen tambahan harian umi! Maklum la, kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi dalam Omega Guard tu hanya boleh didapati daripada makanan yang kita makan sebab badan tak produce asid lemak Omega 3! Kalau nak harapkan makan ikan tiap2 hari, memang jadi kucing lah umi nant!hihihihihi...

Ok la, rasanya dah panjang sangat berceloteh kali nie... Takpe lah, umi santai2 je malam nie share dengan uollsss ya! sambil2 tu kepada ibu2 mengandung dan nak cuba ambil Omega Guard, bulan nie adalah peluang uollsss nak grab promosi nie, rugi sesangat kalau tak beli! Nak tau kenapa umi cakap rugi? Cer baca Omega Guard...Promosi November 2014 nie...



Nak Order?

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU