Selulit....Tidak Menyakitkan Badan Tetapi Menyakitkan Mata!

Assalamualaikum readers...

Selamat sejahtera,

Masalah selulit merupakan masalah yang sering menghantui wanita! Lubang-lubang kecil seperti kulit oren di bahagian pinggul, punggung dan juga paha sangat menjengkelkan dan seperti mencacatkan penampilan seorang wanita terutamanya bagi yang mementingkan penjagaan diri dan penampilan.





Kebanyakan wanita sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan tekstur kulit yang licin dan lembut tanpa selulit! Tetapi, alangkah kecewa sekiranya produk dan rawatan yang dijalani tidak berkesan untuk menghilangkan selulit itu! Keadaan ini berlaku kerana ramai wanita yang tiada kefahaman tentang selulit dan bagaimana selulit terjadi...

Sebelum umi terangkan pasal selulit, umi nak terangkan sikit pasal lapisan yang terdapat dibawah kulit kita. Secara anatominya, kulit manusia terdiri daripada 3 lapisan utama iaitu epidermis, dermis dan lapisan lemak di bawah kulit. Selulit pula terjadi adalah disebabkan muscular atrophy, iaitu keadaan dimana lapisan otot di bawah kulit mula menjadi lemah tidak bermaya dan terpisah daripada kulit menyebabkan lemak yang tidak menarik terbentuk! Maka, terhasillah lubang2 kecil ala2 kulit oren tu... 

Selama nie umi ingat selulit hanya ada pada orang yang berbadan besar atau gemuk macam umi, rupa2 tanggapan umi tu salah! Selulit sebenarnya tiada kaitan dengan berat badan, malahan orang yang kurus kering pun mengalami masalah selulit ni.

Dalam entri kali nie, umi nak kongsi dengan uollsss 7 tips untuk menyingkirkan selulit dengan mudah!

Amalkan Pemakanan Yang Sihat dan Seimbang

Pilih makanan seimbang dengan mengurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat. Lebihkan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan serat. Minum air secukupnya mengikut keperluan tubuh anda. Pilih air putih atau jus buah-buahan.

Pengambilan Teh Diuretik
Amalkan meminum teh diuretik sebagai diet harian anda. Teh diuretik boleh membantu melawaskan kencing dan seterusnya mengurangkan masalah takungan air dalam badan.

Kurangkan Gula
Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai gula yang tinggi seperti biskut, ais krim, coklat dan minuman ringan. Ini kerana gula yang tersimpan secara berlebihan di dalam badan anda akan bertukar menjadi lemak.

Bersukan dan Beriadah
Bagi merangsang peredaran darah dan meningkatkan sistem pencernaan, amalkan aktiviti sukan atau riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain membantu proses pembakaran lemak, bersukan juga amat baik untuk jantung anda.

Sauna dan Mandi Wap
Bagi merangsang peredaran darah dan memecahkan lemak, anda boleh memanjakan diri di spa dengan rawatan sauna atau mandi wap. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, dapatkan juga urutan untuk memecahkan lemak serta lulur bagi menanggalkan sel kulit mati.



Hindari Tekanan
Tekan boleh menyebabkan otot tubuh tertekan sehingga menghalang kelenjar pembuangan racun tubuh. Oleh itu, cuba sedaya upaya untuk menghindari tekanan dengan bercuti atau beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Cuba bantu diri anda daripada memikirkan pelbagai masalah sehingga boleh menjejaskan keseimbangan tubuh anda. 




Elakkan Kafein
Jika sering menjadikan minuman kafein seperti kopi sebagai minuman wajib pada setiap hari, cuba untuk mengurangkan pengambilannya. Elakkan mengambil lebih daripada satu cawan kopi dalam satu hari. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah menjadi tidak lancar.




Kurangkan Garam
Pengambilan garam secara berlebihan tidak baik untuk kesihatan tubuh anda. Begitu juga dengan penggunaan santan. gantikan dengan susu cair rendah lemak. Selain itu, pilih daging yang tidak mengandungi lemak dan ayam yang telah dibuang kulit ketika menyediakan sesuatu masakan.




Kawal Pernafasan
Pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan oksigen dapat diserap dengan baik ke bahagian tubuh. Justeru, Pastikan anda mengamalkan cara pernafasan yang betul. Selain itu, kurangkan dari mengunjungi tempat-tempat yang mempunyai udara yang tercemar atau kawasan yang dipenuhi asap kenderaan dan kilang.

Selain daripada tips yang umi kongsikan di atas, satu lagi cara yang uollsss boleh amalkan untuk hilangkan selulit ialah dengan mengambil ESP Shaklee secara konsisten. ESP Shaklee merupakan sejenis minuman serbuk yang berasaskan soya yang berkualiti tinggi. Kandungan soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP hanya mengandungi non-GMO (Genetically Modified Organism) dan diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 1 canister ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya!




ESP membekalkan sumber protein terbaik yang mengandungi 9 amino asid penting yang tidak dihasilkan oleh tubuh. Amino asid penting untuk pembinaan otot. Otot yang sihat akan mengurangkan pembentukan selulit.  Salah satu sebab lain terjadinya selulit ialah kegemukan. Dengan mengambil ESP, uollsss akan berasa kenyang dengan lebih lama dan amat sesuai untuk menurunkan berat badan. 



Nak order?

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU














Comments

  1. kak tun, minum lagi elok sebab masalah selulit bukan pada luar kulit tapi disebabkan otot dalam badan yg dah lemah...

    ReplyDelete
  2. memang menyakitkan betul, tapi ada juga sesetengah yang salah faham, ingat kalau kurus tak ada selulit, silap tu, bukan orang gemuk je yang ada risiko selulit ni, orang kurus pun sama. Sama juga macam kolesterol, jangan ingat orang gemuk je yang ada kolesterol tinggi, orang kurus pun sama.

    CARA ATASI KOLESTEROL TINGGI TANPA PERLU BUANG MAKANAN KEGEMARAN ANDA

    ReplyDelete
  3. nak sangat selulit yang ade ni cepat hilang..kene konsisten bersenam 30minit tiap2 hari ni..

    oh selulit cepatlaa hilang..(cakap je tak gunakan, kene buat ^_^)

    Tahukah anda makan nasi seolah kita makan gula pasir?
    http://vitaminorganik.blogspot.com/2015/03/tahukah-anda-makan-nasi-seolah-kita.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Paling Best Untuk Pudarkan Parut Jerawat Yang Hitam Dan Berlubang-Lubang di Muka!

Anak yang susah hati bila mak selalu mengadu sakit lutut

7 tips mengatasi morning sickness dengan selamat dan berkesan!