Friday, December 12, 2014

Malu dengan gelaran 'Abang Botak' oleh isteri, suami tekad cari petua lebatkan rambut!

Assalamualaikum wbt...

Selamat sejahtera...


Rambut sinonim disebut sebagai mahkota wanita kan? Disebabkan jolokan "mahkota" tersebut, maka rambut perlu diberikan perhatian dan penjagaan khusus agar sentiasa kelihatan cantik, lebat, bermaya dan terurus walaupun bertudung. Malah, penjagaan rambut bagi wanita bertudung adalah lebih rumit berbanding wanita yang tidak bertudung'. Kalau tak percaya, jom saksikan video Pn Maria bercerita tentang masalah keguguran rambutnya yang kronik dan bagaimana beliau menanganinya!



Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.

Masalah berkaitan rambut bukan sahaja dialami oleh kaum Hawa, malah kaum lelaki juga tidak terlepas daripada masalah rambut terutama masalah keguguran. Jangan tak percaya ya, ramai kaum Adam yang gigih meminta tolong dengan Encik Gugel mencari petua lebatkan rambut!





Umi juga pernah dihubungi melalui sms seorang pelanggan lelaki yang bertanyakan produk Shaklee untuk penjagaan rambut. Beliau sudah berkahwin dan mengadu bahawa isterinya selalu memanggilnya dengan jolokan 'Abang Botak' sebab rambutnya yang semakin menipis dan menampakkan sebahagian daripada kulit kepalanya! Jika mula2 dulu, beliau menganggap gelaran Abang Botak tu macam manis  dan manja je, tapi lama-kelamaan beliau seakan berkecil hati setiap kali dipanggil sebegitu...

Menurut beliau, pelbagai cara dan ubat yang dicuba semata-mata untuk melebatkan rambutnya tetapi kebanyakkannya bersifat sementara sahaja! Selepas beberapa ketika, rambutnya akan kembali gugur...Simpati betul umi bila dengar ceritanya yang seakan-akan macam dah berputus asa untuk berusaha mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. 

Dalam entri kali ni, umi nak kongsikan tentang petua lebatkan rambut, bagi membantu anda yang mengalami masalah yang sama seperti  'Abang Botak'...Petua ini sesuai untuk diamalkan oleh lelaki dan wanita ya!

Untuk pengetahuan anda, setiap hari rambut kita kan gugur sebanyak 50-100 helai. Itu adalah perkara normal ye! Anda hanya akan mengalami masalah keguguran rambut apabila jumlahnya lebih banyak daripada itu. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keguguran rambut seperti kekurangan nutrisi, penggunaan bahan kimia yang berlebihan, faktor genetik dan juga perubahan hormon!

Salah satu usaha untuk melebatkan rambut ialah dengan mengamalkan petua-petua tradisional orang dulu-dulu. Apa yang bagusnya tentang petua-petua ini ialah penggunaan bahan-bahan semulajadi yang terdapat disekeliling kita. Keberkesanannya pula, bergantung kepada keserasian dan kekerapan petua tersebut diamalkan. Berikut umi kongsikan petua tradisional untuk melebatkan rambut:

  1. Kisar sebiji nanas sampai menjadi jus. Biarkan semalaman baru lumur pada rambut selama 15-30 minit. Amalkan 3 kali seminggu
  2. Ramas daun bunga raya dan beberapa helai daun pandan bersama air. Sapukan pada rambut seperti menggunakan syampu, Bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.
  3. Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda, ramas ke dalam semangkuk air dan biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada rambut sehingga dan biarkan lebih kurang 20minit. Bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan setiap 2 hari.
  4. Lumurkan pati santan kelapa pada rambut/ kulit kepala. Bungkus kepala dengan tuala bersih selama 15-30 minit. Kemudian bilas rambut sehingga bersih.
  5. Rendam tiga sudu teh semalaman bersama air mendidih. Setelah sejuk, embunkan selama satu malam. Setelah itu, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam. Kemudian baru dicuci. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan lihat lah hasilnya.
Bila baca macam-macam petua untuk lebatkan rambut, teringat masa zaman sekolah menengah dulu, waktu tinggal di asrama. Kalau hari minggu, ramai lah warga aspuri (gelaran untuk penghuni asrama perempuan) yang akan buat kenduri daun bunga raya! Memang banyak pokok bunga raya yang ditanam di kawasan asrama waktu tu. Petik daun bunga raya banyak2 dan ramas-ramas dalam baldi. Lepas tu masing-masing ceduk sikit sorang untuk dilumur atas kepala. hehehe...kelakar pulak bila teringat semula kisah zaman sekolah! 

Bagaimana vitamin Shaklee membantu masalah keguguran rambut?

Salah satu faktor yang menyebabkan keguguran rambut ialah kekurangan zinc dalam diet harian kita. Bagi mengekalkan kesihatan rambut, kita perlu mengambil sebanyak 25-50mg zinc setiap hari. Makanan yang kaya dengan sumber zinc ialah produk tenusu, bayam, kekacang dan tiram. Ops, jangan lupa tambahkan keperluan zinc anda dengan mengamalkan mengambil sebiji Zinc Complex Shaklee setiap hari ya!



Harga sebotol RM33.75, tahan sehingga 4 bulan

Selain daripada fungsinya membekalkan tenaga untuk keperluan harian, Energizing Soy Protien (ESP) juga berfungsi membantu menguatkan rambut. Rambut terdiri daripada protein yang dipanggil keratin yang dibentuk oleh  gabungan 18 jenis asid amino. ESP membekalkan protein yang terbaik  untuk pembinaan tisu2 baru dan menggalakkan pertumbuhan rambut. 



Harga 1 canister rm150, boleh tahan sehingga 2 bulan!

Kolagen merupakan komponen penting dalam pertumbuhan rambut. Ini kerana kolagen membantu meningkatkan suhu badan dan mengawal peredaran darah yang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut. Collagen Powder Shaklee membantu mengelakkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang kuat, lebat dan bersinar. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Collagen Powder Shaklee ya!


Harga sekotak rm298

Bagi penjagaan luaran pula, anda disarankan menggunakan syampu Prosante bagi mengelakkan masalah keguguran dan kerosakan rambut! Masalah berkaitan rambut berpunca daripada kulit kepala yang tidak sihat dan Prosante membantu membekalkan nutrien yang mencukupi bagi mengekalkan kesihatan kulit kepala agar rambut sentiasa sihat dan lebat.


Harga sebotol RM62.50, 237ml

Umi percaya, ramai pembaca diluar sana yang mengalami masalah seperti Abang Botak tapi tak tahu nak buat apa kan? Ha, apa kata anda cuba amalkan pemakanan suplemen2 yang umi senaraikan di atas bagi menggalakkan semula pertumbuhan rambut yang dah banyak gugur tu. Takkan nak biarkan sampai dah botak baru nak menggagau cari solusi, betul tak? Kebiasaannya, orang yang mengalami masalah rambut gugur, terutama kaum lelaki akan nampak lebih tua berbanding usia sebenar! Malu bukan kalau umur baru 25 tahun tapi dah nampak macam umur 40 an...Oh tidakkkkkk!! 

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU



~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.




Thursday, December 4, 2014

Si Dara Manis gigih cari petua untuk hilangkan parut jerawat untuk buat kejutan semasa Majlis Konvokesyen

Assalamualaikum wbt...

Selamat sejahtera...


Hujung minggu yang lalu, umi terima kunjungan rakan-rakan atau BFF anak perempuan umi semasa di kolej dahulu. Masing-masing sudah lama tak bersua muka semenjak memulakan Latihan Industri dan menamatkan pengajian kira-kira 5 bulan yang lepas. Biasalah, bila dah bertemu, macam-macam cerita yang dikongsikan. Sebelum masing-masing pulang, salah seorang daripada mereka datang kepada umi bertanyakan produk Shaklee untuk hilangkan parut jerawat. Beliau maklumkan sekarang tengah gigih cari petua untuk hilangkan jerawat dan nak cuba produk Shaklee juga!




Memang kesian umi tengokkan muka dia, orangnya manis tetapi kulit mukanya kusam dan terdapat tompokan hitam sana sini kesan parut jerawat! Beliau turut maklumkan nak hilangkan parut-parut hodoh kat mukanya sebelum Majlis Konvokesyen yang akan diadakan tidak lama lagi, sebab nak suprise kan kawan-kawan yang selama ini asyik menyindir mukanya yang berjerawat! 

Si Dara Manis tadi telah membuat pengakuan kepada umi bahawa dia memang pantang tengok jerawat tumbuh di muka, mesti nak pecahkan! Bila dah pecah, mula la gatal tangan nak kutil2 parut jerawat, kadang-kadang sampai berdarah2! Jadi, dah tau lah kenapa sampai hitam2 parut jerawat kat muka anak dara sorang ni!

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi jerawat seperti hormon yang tidak stabil, stress, tidak menitik beratkan kebersihan kulit muka dan juga penggunaan produk kecantikan yang salah. Kulit sensitif biasanya mudah ditumbuhi jerawat, menjadi kemerah-merahan dan lebih kronik akan bernanah dan pecah!

Banyak yang dikongsikan berkaitan kesihatan dan kecantikan kulit dengan Si Dara Manis, termasuklah beberapa tips/petua ringkas untuk hilangkan parut jerawat:

  • Jus Lemon - Lapkan muka dengan sapu tangan bersih yang dicelupkan dengan jus lemon selama 5 minit.  Lebihan jus lemon tersebut boleh diminum kerana khasiat yang terkandung di dalam sebiji lemon adalah sangat baik. Jus lemon juga dikatakan membantu memutihkan kulit!
  • Daun Lidah Buaya - Ambil gelnya dan sapukan pada muka. Biarkan kering dan bilas muka dengan air suam.
  • Madu - Campurkan madu dengan susu untuk dijadikan pencuci muka
  • Kulit pisang - sebaik sahaja jerawat pecah, cepat2 gosokkannya dengan kulit pisang 
  • Air Masak - minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari untuk kesihatan dan kecantikan kulit secara alami

Selain daripada tips/petua diatas, umi juga telah menerangkan tentang produk Shaklee yang sesuai untuk Si Dara Manis iaitu ESP dan juga Vitamin E Complex. Bagaimana pula ESP dan Vitamin E Complex membantu mengatasi parut jerawat beliau?

Energizing Soy Protien (ESP)



Sel kulit manusia akan mati setiap 21 hari. Fungsi ESP ialah menggantikan sel kulit mati dengan sel-sel yang baru dan segar. Parut jerawat yang kehitaman adalah berpunca daripada sel2 kulit yang telah mati dan tidak digantikan dengan yang baru. Dengan mengambil ESP sebagai sumber protien diet harian anda, parut jerawat akan mula pudar dan hilang. Sebagai bonus, anda akan memiliki kulit yang licin, halus dan gebu!

Harga satu canister hanya RM150 sahaja.

Vitamin E Complex






Merupakan ejen anti oksidan larut lemak yang penting untuk memelihara kulit yang sihat dan cantik. Cuma sapukan sedikit pada parut jerawat dan lihat lah hasilnya terutama untuk parut yang baru jadi. Kalau parut dah lama bertapak dimuka tu, sendiri faham la ye, ambil masa sikit. Ini vitamin, bukan ubat majik!

Harga sebotol Vitamin E Complex ialah RM 149 sahaja. Bulan ini tengah promosi Beli 6 Percuma 1 tau!

Jika nak dibandingkan harga kedua-dua produk ini dengan produk lain di pasaran, ternyata ianya lebih murah dan berbaloi2! Satu canister ESP boleh tahan sehingga 2bulan mengikut kekerapan penggunaan, manakala sebotol Vitamin E pula boleh tahan sehingga 4bulan! Jimat bukan? Yang penting, kedua nya diekstrak daripada bahan-bahan semulajadi dan selamat digunakan.

Setelah mendengar penerangan umi, Si Dara Manis bersetuju untuk mencuba kedua-dua produk bagi menghilangkan parut jerawat beliau yang sekian lama menghuni muka nya yang manis itu! Umi doakan semoga ianya memberi manfaat kepada Si Dara Manis yang nak sangat kelihatan cantik pada Majlis Konvokesyen kelak! Tak sabar rasanya nak mendengar berita baik dari si gadis!

Kepada pembaca budiman yang mempunyai masalah yang sama dengan Si Dara Manis, dan masih tercari-cari penyelesaiannya, sudah tiba masanya bertukar kepada ESP dan Vitamin E Complex sekarang! Si Dara Manis telah membuat pilihan bijak dan sedang menghitung hari untuk ke Majlis Konvokesyen dan berjumpa dengan kawan-kawannya yang selama ini selalu menyindir kulit mukanya. Mesti mereka akan terkejut dengan perubahan kulit muka Si Dara Manis yang semakin licin, gebu dan berseri kan?

Anda juga teringin nak mencuba? Pasti tak menyesal!



~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


Anda juga mungkin berminat untuk mendapatkan SET KULIT CANTIK disini...


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.







Tuesday, December 2, 2014

Sustained Release Vitamin C dan Vitamin E Complex - Beli 6 Percuma 1

Assalamualaikum wbt...

Selamat Sejahtera,


Alhamdulillah, dipertemukan dengan bulan Disember sekali lagi. Kali ni untuk tahun 2014 pula,  syukur masih diberikan nikmat kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah! 

Pepagi lagi Shaklee dah announce good news kepada usahawan2 dan pengguna tegar produknya iaitu Promosi Berganda yang berbaloi-baloi BELI 6 PERCUMA 1 untuk Sustained Release Vitamin C dan juga Vitamin E Complex! 



Selain daripada Promosi Berganda, bulan Disember juga diserikan dengan Promosi Tambahan, juga untuk Sustained Release Vitamin C dan Vitamin E Complex iaitu BELI 2 BOTOL, DISKAUN 5%!



SR Vitamin C sangat sinonim dengan vitamin untuk kecantikan kulit si dara pujaan jejaka manakala Vitamin E Complex pula bagus untuk kesuburan si arjuna yang dah lama mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga!

Kepada yang nak dapatkan set promosi ini, boleh hubungi umi ya! Nak beli sebotol pun tiada masalah!

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU



Anak yang susah hati bila mak selalu mengadu sakit lutut

Assalamualaikum wbt...

Selamat sejahtera..

Emak umi merupakan salah seorang pengidap tegar sakit lutut...Setiap kali balik kampung dan tengok pergerakan emak yang agak terhad, sebak sangat rasa dihati! Sudah hampir 4 tahun mak mengerjakan  solat secara duduk...Umi percaya, ramai yang mengalami dilema seperti umi, anak yang susah hati bila emak selalu mengadu sakit lutut kan?





Umi cukup sensitif setiap kali dengar atau baca perkataan sakit lutut! Nak tahu kenapa? Semuanya bermula pada bulan Ramadhan tahun lalu apabila mak terpaksa dibawa ke Kuantan Specialist Hospital (KSH) kerana secara tiba-tiba mak tak boleh bangun untuk ke bilik air gara-gara tidak dapat bergerak akibat terlalu sakit di bahagian lutut! 

Masih terbayang di mata saat doktor tunjukkan keputusan x-ray lutut mak. Doktor cakap mak mengalami osteoarthritis kerana tulang rawan di bahagian lutut mak sudah terhakis dan geselan di antara dua tulang lutut mak yang menyebabkan kesakitan yang mak alami pada waktu tu! Patut la sejak setahun dua ni mak memang selalu menolak pelawaan kami jika diajak berjalan2, sakit lutut katanya...


Begini lah keadaan x-ray lutut emak 

Apa itu Osteoarthritis?

Osteoarthritis ialah sejenis penyakit radang sendi yang kronik dimana tulang rawan melindungi sendi lutut telah rosak. Keadaan ini akan menyebabkan kedua-dua tulang lutut akan bergesel di antara satu sama lain yang menyebabkan kesakitan, kekejangan dan pergerakan sendi hilang!

Di antara faktor yang menyumbang kepada osteoarthritis ialah peningkatan usia, obesiti, sejarah  kecederaan sendi yang laku, otot paha yang lemah dan juga faktor genetik. 

Tanda seseorang mengalami penyakit radang sendi ini ialah sakit di bahagian sendi, dan ada kalanya boleh menyebabkan kekejangan terutama di bahagian pinggul dan lutut. Kesakitan tersebut akan bertambah kuat sekiranya melakukan aktiviti berat yang melibatkan penggunaan sendi di bahagian yang sakit seperti naik turun tangga dan mengangkat barang berat.

Apa yang perlu dilakukan untuk kurangkan sakit sendi/ lutut?

Berbalik kepada kisah mak di hospital, doktor pakar menyarankan dua jenis rawatan bagi membantu mengurangkan kesakitan yang mak alami. Pertama, pembedahan menukar lutut besi dan kedua suntikan viskosuplemen iaitu suntikan gel seakan rawan bagi memulihkan pergerakan sendi. Orang tua kan, mana lah mau kalau dibedah2, takut kan main lagi! Katanya biarlah suntik berkali2 pun takpe, asalkan jangan bedah.

Disini umi nak kongsikan tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan sakit sendi/ lutut:

  1. Kekalkan berat badan ideal - berat badan berlebihan boleh menambahkan tekanan kepada badan dan lutut yang menyumbang kepada sakit lutut.  Dapatkan nasihat doktor untuk merancang plan diet sihat anda!
  2. Pilih senaman "low impact" - berjalan dan berenang adalah pilihan yang tepat bagi pengidap sakit lutut. Jangan lupa untuk "warm up" sebelum dan "cool down" selepas senaman. Elakkan aktiviti seperti memanjat gunung, mendaki bukit dan melompat bintang.
  3. Gunakan tongkat semasa berjalan - penggunaan tongkat dapat mengurangkan tekanan kepada lutut dan mengurangkan ketidakselesaan lutut.
  4. Lakukan rawatan akupuntur - rawatan tradisional masyarakat Cina yang menggunakan kaedah tusukan jarum halus pada bahagian2 yang sakit dikatakan mampu mengurangkan kesakitan sendi.
  5. Jangan memakai kasut tumit tinggi - pakai kasut atau sandal yang rata dan berkusyen lembut
Bagaimana Set Sendi Shaklee membantu masalah osteoarthritis mak?

Selain menjalani rawatan suntikan dilutut, mak juga mengambil set sendi Shaklee sebagai makanan tambahan untuk kesihatan lututnya...Alhamdulillah, keadaan lutut mak semakin baik dari sehari ke sehari. Set Sendi Shaklee terdiri daripada 3 jenis vitamin iaitu Ostematrix, Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dan Omega Guard.

Ostematrix membantu memadatkan semula tulang yang semakin rompong akibat kekurangan kalsium dalam tulang dan faktor peningkatan usia.

AJHT pula membantu mengisi semula bendalir lutut yang telah haus, meningkatkan fleksibiliti dan menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa yang lebih panjang.


Harga satu set ialah RM331 sahaja...

Umi suka untuk menyarankan kepada anak2 yang mempunya dilema yang sama agar menghadiahkan set sendi kepada mak atau ayah anda yang ada masalah sakit lutut. Jangan tunggu sampai dah jadi macam mak umi baru nak bertindak. Jangan ulang kesilapan yang umi dah pernah buat ya!Kalau bukan anak2 yang menjaga kebajikan mak ayah, nak harapkan siapa lagi ya? Berbakti lah kepada ibu bapa selagi hayat dikandung badan...wang ringgit boleh dicari, tetapi ibu bapa tiada galang gantinya. 

Untuk mendapatkan set sendi dan konsultansi percuma, hubungi umi ya!


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Nyhealthybeautywealthy
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.