Friday, March 31, 2017

Tips Kulit Cerah Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Yang Merosakkan Kulit!

Assalamualaikum wbt





Memiliki kulit putih dan cerah sememangnya menjadi dambaan setiap wanita masa kini. Lambakan produk pencerahan kulit di pasaran membuktikan bahawa wanita kini sememangnya teruja mendapatkan cara untuk mencerahkan kulit dengan cepat dan berkesan! 

Namun begitu, keterujaan bertukar ketakutan apabila kebanyakkan produk putihkan kulit di pasaran rupanya tidak selamat dan mengandungi bahan kimia berbahaya sehingga menyebabkan kerosakan kekal kepada kulit!


Sustained Release Vitamin C Shaklee Pilihan Terbaik!




Untuk entri kali ini kak Y nak share satu tips untuk mendapatkan kulit yang cerah semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya iaitu dengan mengambil Sustained Release Vitamin C Shaklee! Kenapa korang mesti pilih vitamin c ini jika ingin cerahkan kulit? 

Pertama, Sustained Release Vitamin C direka dengan menggunakan "sains pembebasan berterusan secara semulajadi"! Korang tau tak apa maksudnya? Meh kak Y terangkan ya. 

Vitamin C atau asid askorbik merupakan sejenis vitamin larut air dan tidak disimpan di dalam badan. Badan kita tak hasilkan vitamin c. Kita mendapat vitamin c melalui pemakanan harian kita. Sumber utama ialah buah-buahan dan sayur-sayuran.

Bila kita ambil Vitamin C, ia akan tersebar di dalam badan dan lebihannya akan dibuang melalui proses pembuangan semulajadi tubuh. Adalah menjadi kerugian bila korang makan vitamin c dengan kadar yang banyak tetapi tidak dapat dimanfaatkan oleh tubuh, betul tak?

So, Shaklee telah mencipta vitamin c yang mana dilepaskan perlahan-lahan sehingga 5 jam bagi membolehkan penyerapan optimum vitamin di dalam badan yang digelar "sustained release". Setiap 1 tablet vitamin c adalah bersamaan dengan 7.5 biji oren! Rasanya kita semua tak mampu nak makan buah oren sebanyak itu dalam satu masa, betul tak? 

Setiap tablet vitamin c juga mengandungi 125mg bioflavonoid yang juga dikenali sebagai vitamin c kompleks. Tugas bioflavonoid ialah meningkatkan keberkesanan vitamin c! Ini bermaksud, Sustained Release Vitamin C adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan vitamin c dari produk lain!

Kebaikan SR Vitamin C Untuk  Kulit

Pelindung Matahari

  • Vitamin C mengandungi antioksidan yang melindungi kulit daripada serangan radikal bebas akibat daripada pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari dan sinar UV.
  • Juga melindungi kulit terbakar (sun burn) akibat terdedah kepada cahaya matahari, dan untuk jangka masa panjang, vitamin c melindungi kulit daripada risiko kanser kulit.
Perangsang Kolagen
  • Vitamin c merupakan satu komponen yang diperlukan untuk pengeluaran hydroxyproline dan hydroxylysine yang mana kedua-duanya diperlukan untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen bagi memastikan kulit kekal sihat dan pejal. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya
  • Kolagen penting untuk kulit bagi tujuan meremajakan kulit dan melambatkan proses penuaan pra matang.
Memyembuhkan Luka
  • Badan kita menggunakan vitamin c untuk menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka dengan lebih cepat.
  • Jika anda mengalami luka yang lambat baik, itu menandakan bahawa anda kekurangan vitamin c.
  • Vitamin c juga membantu mngekalkan keanjalan kulit dan mencipta tisu parut dan  ligamen untuk penyembuhan luka yang lebih cepat!
Melindungi Perubahan Warna Kulit
  • Vitamin C melindungi DNA daripada tindak balas fotokimia yang boleh membawa kepada tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis kanser kulit.
  • Ia juga mencerahkan serta mengurangkan kesan jeragat dan tompok penuaan dan membantu melicinkan kulit agar kelihatan muda.
Mempertingkatkan Tekstur Kulit
  • Kolagen menyediakan struktur untuk salur darah dimana saluran darah dibawah kulit akan membawa oksigen dan nutrien bagi mengekalkan kesihatan kulit. Kulit yang kurang nutrien akan kelihatan kering dan kasar!
  • Vitamin C meningkatkan pembentukan elastin yang pekat, melindungi dan menyembuhkan sel-sel kulit agar kulit kekal lembap.

Senang saja kan tips kak Y untuk korang yang nak cerahkan kulit, cuma perlu ambil SR Vitamin C Shaklee! Yang penting korang kena konsisten dan sabar ya. Ingat pesan kak Y, biar lambat asalkan kulit cerah. hehehehehe...Dengan pengambilan SR Vitamin C Shaklee, korang bukan saja dapat cerahkan kulit, malah banyak lagi benefit untuk kesihatan korang. Nak cantik, nak kulit cerah, kesihatan tetap perlu diutamakan, betul tak?

Kepada yang berminat nak order dengan kak Y, boleh hubungi kak Y ya!


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~


Kak Y
ID: 1078743

call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302

add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan

Like FB Page:
 Nyhealthybeautywealthy

emel:
 yatiesams@gmail.com

COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU/GDEX


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.

Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.





Tuesday, March 28, 2017

Peppermint-Ginger Plus Bantu Atasi Loya dan Mual Akibat Morning Sickness

Assalamualaikum wbt...



Hari Selasa yang lepas kak Y terima private message di Facebook dari seorang sahabat lama semasa di sekolah menengah dahulu. Beliau bertanyakan vitamin Shaklee untuk kurangkan rasa loya dan mual yang dilaluinya sejak disahkan mengandung! Kali terakhir kak Y jumpa beliau beberapa tahun lepas terserempak di tempat kak Y bekerja dan masa itu beliau baru mempunyai 4 cahaya mata. Ini mungkin yang kelima agaknya.

Morning sickness memang sinonim dengan ibu mengandung. Loya, mual dan muntah adalah kebiasaan yang dialami oleh bakal ibu yang melaluinya. Walaupun namanya morning sickness, namun tidak semestinya ia berlaku pada waktu pagi sahaja! Ada yang melaluinya sepanjang hari. 

Peppermint Ginger Plus Bagus Untuk Kurangkan Loya Dan Mual!

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan menggunakan teknologi sains yang terkini. Peppermint Ginger Plus secara klinikal sangat membantu merawat dan mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut dan penghadaman.

Bahan utama yang terdapat di dalam Peppermint Ginger Plus ialah pudina, halia, jintan manis dan jintan hitam yang telah digunakan secara turun temurun untuk melegakan tubuh dan melegakan loya serta mual. Bahan-bahan yang sangat mudah didapati tetapi sangat bermanfaat untuk kesihatan ya! Di sini kak Y kongsikan manfaat dan kebaikan herba-herba yang ada didalam Peppermint Ginger Plus:



Pudina




  • Melegakan otot perut
  • Membantu dalam proses penghadaman, mabuk laut/darat, melegakan sakit gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit
  • Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan.
  • Bagus untuk demam dan selsema kerana ia akan merangsang peluh!


Halia


  • Merangsang rembesan enzim Slavia untuk pencernaan makanan
  • Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, senggugut, loya dan mual ketika mengandung
  • Bagus untuk ibu yang sedang berpantang bagi membuang angin dan memanaskan badan

Jintan Hitam (fennel)




  • Menghilangkan kembung perut
  • Melegakan sakit perut, gejala selsema
  • Membantu dalam masalah alergi pada saluran usus

Jintan Manis (anise)



  • Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang sebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba pada musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut.
Cara Pengambilan Peppermint Ginger Plus

Ada tiga cara untuk menikmati dan merasai khasiat Pepper Mint Ginger Plus Shaklee. 

Pertama boleh ditelan begitu sahaja bersama segelas air suam.

Kedua, cara yang paling aromatik, boleh campurkan 2-3 biji Pepper Mint Ginger Plus Shaklee ke dalam teh o panas. Sungguh nyaman dan melegakan. Anda order sahaja teh o panas di kedai, dan masukkan 2-3 biji Pepper Mint Ginger Plus Shaklee ke dalam minuman anda, ia dah jadi setaraf teh herba cina yang berharga RM10 untuk satu cup. Anda boleh amalkannya 2 atau 3 kali sehari dan dengan izin Allah, masalah anda juga akan selesai.

Ketiga, bagi melegakan batuk dan selsema, anda boleh hisap tablet Peppermint!

Testimoni Peppermint Ginger Plus



Berbalik kepada kisah sahabat lama kak Y tadi, kak Y sarankan beliau mengambil Peppermint Ginger Plus bagi mengatasi masalah loya dan mual yang sedang dihadapinya. Dah selesai pun kak Y COD vitamin tersebut kepada beliau semalam. Semoga Peppermint Ginger Plus memberi manfaat kepada beliau dan dapat melalui fasa kehamilan dengan sihat dan cergas!

Kepada yang mempunyai masalah yang lebih kurang sama, kak Y sarankan ikhtiar ambil Peppermint Ginger Plus cepat2 tau! Jangan biarkan fasa yang indah bertukar murung dan tak bermaya. 

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~


Kak Y
ID: 1078743

call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302

add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan

Like FB Page:
 Nyhealthybeautywealthy

emel:
 yatiesams@gmail.com

COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.

Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.












Wednesday, March 15, 2017

5 makanan yang wajib anda ambil untuk kurus!

Assalamualaikum wbt...

Tahun 2017 ni mesti ramai yang berazam untuk kurus kan? Samada ianya adalah azam yang baru ataupun azam yang di bawa dari tahun lepas, matlamatnya adalah untuk kurus! 

Ada sesetengah orang terutamanya wanita, objektif utama untuk kurus adalah untuk kelihatan cantik dan menarik. Tapi bagi Kak Y pula, matlamat utama kak Y untuk kurus adalah untuk sihat dan mudah untuk melakukan aktiviti harian. Lain orang lain pendapat ya, tak mengapa.

Banyak cara untuk kurus. Kawal pemakanan dan senaman yang berterusan adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan pengambilan manakan tinggi karbohidrat dan minuman manis adalah perkara yang paling asas sekiranya korang memang nak kurus! Banyakkan minum air masak ya. Bagi senaman pula, mulakan dengan senaman yang korang rasa boleh enjoy, contoh nya jalan kaki ke, jogging atau zumba! 

Entri kali ini kak Y nak kongsikan 5 makanan yang boleh korang ambil untuk tingkatkan metabolisme. Apa itu metabolisme dan kenapa ia penting untuk kurus?

Metabolisme merupakan jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk kekalkan fungsi2 asas tubuh! Apabila metabolisme dalam tubuh kita tinggi, maka makanan yang kita makan akan lebih cepat ditukarkan kepada tenaga dan dibakar sebelum terkumpul menjadi lemak! 

5 Makanan Yang Membantu Tingkatkan Metabolisme



Teh Hijau






Teh hijau tinggi anti oksidan dan membantu meningkatkan metabolisme tubuh! Kajian menunjukkan dengan meminum 2 cawan teh hijau sehari mampu meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih kalori sebanyak 17% semasa bersenam! Selain meningkatkan metabolisme, teh hijau juga bagus untuk mencegah kerosakan gigi dan kanser.



Bawang putih





Selain digunakan sebagai penyedap makanan, bawang putih mempunyai khasiat tersendiri dalam proses penurunan berat badan dengan mengurai dan memecahkan lemak dalam badan.  Selain itu, bawang putih juga berfungsi mengawal tekanan darah dan merendahkan tahap kolesterol. So, lepas ni jangan lupa lebihkan pengambilan bawang putih dalam menu korang ya!




Kekacang





Kekacang memang sedap dijadikan sebagai kudapan kan tapi ramai yang tak tahu manfaat kekacang kepada tubuh. Kekacang kaya dengan sumber serat yang mana sangat membantu meningkatkan metabolisme tubuh kita. Kekacang seperti badam, walnut, gajus dan pistachio merupakan jenis-jenis kacang yang bagus dimakan jika korang tengah diet. Tetapi awas jika korang ada alahan terhadap kekacang ya! 



Brokoli




Brokoli memang sedap dimasak bersama bawang putih dan sos tiram! Kandungan vitamin B yang terdapat di dalam brokoli membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain teh hijau, brokoli juga tinggi anti oksidan yang baik untuk membantu singkirkan toksin dalam tubuh. Apabila metabolisme tinggi dan tubuh bebas toksin, proses menguruskan badan akan bertambah mudah, setuju tak?


Epal Hijau



Epal hijau memang sinonim dengan pengamal makanan sihat terutama yang tengah diet, betul tak? Kenapa agaknya epal hijau perlu dimakan untuk kurus ya? Sebiji epal hijau mengandungi 3 gram serat. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, epal hijau juga tinggi anti oksidan dan ia bagus untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Bak kata pepatah Inggeris, "an apple a day keeps the doctor away!" 

Kepada korang yang tengah berusaha turunkan berat badan, make sure ambil makanan2 yang kak Y mention di atas bagi menaikkan metabolisme korang ya. InsyaAllah, proses menurunkan berat badan akan lebih cepat dan mudah! Jangan lupa amalkan gaya hidup sihat juga ya. 

Semoga entri kak Y kali ini bermanfaat untuk korang. Oh ya, kedai online kak Y buka macam biasa ya, kalau korang berhajat nak mencuba suplemen Shaklee, boleh hubungi kak Y bila-bila masa sahaja. Adioss!



~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Kak Y
ID: 1078743

call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302

add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan

Like FB Page:
 Nyhealthybeautywealthy
Instagram:
beauty.healthy.wealthy.ny 

emel:
 yatiesams@gmail.com

COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.








Friday, March 10, 2017

Si Anak Bijak Cari Solusi Kencing Manis Ibunya

Assalamualaikum wbt...


Hari ni kak Y bersiaran di tepi padang Kemunting sambil menunggu anak yang ada latihan bola sepak. Memang inilah rutin kak Y setiap petang Selasa, Khamis dan Jumaat. Habis waktu kerja bergegas ambil anak di kelas KAFA dan bersiap-siap untuk ke padang pulak! 

Kak Y pernah kongsikan entri tentang Sang Isteri yang belikan Vivix untuk Sang Suami untuk sembuhkan luka akibat diabetes sebelum ini. Alhamdulillah, tak lama selepas mengambil Vivix, luka yang dulunya hitam telah berubah kemerah-merahan dan sembuh! Untuk entri kali ini, kak Y nak share pula tentang bagaimana seorang anak yang bijak mencari solusi untuk ibunya yang mengidap diabetes. Si anak risaukan keadaan kesihatan emaknya yang semakin merosot akibat kencing manis yang dihadapinya. 

Si ibu memang dah lama mengidap kencing manis tetapi masih terkawal. Beliau tidak pernah miss makan ubat hospital dan tak pernah skip temujanji doktor! Tetapi sejak kebelakangan ini, Si ibu kerap mengadu kebas-kebas tangan dan kaki menyebabkan beliau semakin sukar untuk menaip Whatsapp di telefon bimbitnya. Solat juga terpaksa duduk kerana sakit dan sengal-sengal badan.

Kerana kasihan melihat keadaan ibunya serta rasa tanggungjawab seorang anak, si anak telah berpakat dengan adiknya untuk membelikan Vivix kepada ibunya setelah membaca banyak testimoni2 positif di internet! Bermula bulan Januari ibunya mula mengambil Vivix sebagai suplemen hariannya. Alhamdulillah, selepas 2 bulan amalkan Vivix, usaha si anak telah menampakkan hasil! Kaki dan tangan ibunya dah kurang kebas, badan terasa ringan, bacaan kencing manis juga menurun dan yang paling penting ibunya dah boleh solat berdiri seperti biasa!

Gembira tak terkata si anak dengan perkembangan positif ibunya! Apa lagi yang lebih menggembirakan sebagai anak apabila melihat ibu yang dahulunya tak bermaya kini kembali cergas dan ceria, betul tak? Alhamdulillah....


Bagaimana vivix membantu pesakit kencing manis?

Kencing manis terjadi apabila pankreas tidak lagi menghasilkan hormon insulin, iaitu sejenis hormon yang membawa gula yang dihasilkan daripada makanan yang kita ambil untuk dijadikan tenaga. Kekurangan insulin akan menyebabkan gula tidak dapat diproses dengan sepatutnya dan akan berada di dalam badan secara berlebihan!

4 bahan utama Vivix (anggur muscadine, lobak ungu, elderberry dan polyganum cuspidatum) merupakan kombinasi  yang tinggi dengan anti oksidan dan kaya dengan resveratrol membantu menurunkan rintangan insulin pesakit diabetes. Anti oksidan yang tinggi juga membantu merawat sel di peringkat DNA. Jadi tidak hairanlah rasa kebas kaki dan tangan si ibu berkurang selepas amalkan Vivix.

Vivix juga membantu mengawal kepekatan darah di dalam tubuh. Gula yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan darah menjadi pekat yang boleh menyumbang pelbagai penyakit lain seperti penyakit jantung dan buah pinggang! Kandungan polifenol yang terkandung di dalam anggur muscadine berupaya mengelak pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis. 

Selain itu, kandungan polifenol Anthocynins yang terdapat di dalam sebotol Vivix  membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera. Luka yang dialami oleh pesakit diabetes kebiasaannya akan berwarna kehitaman dan lambat sembuh. Ada sorang pelanggan kak Y yang consume Vivix, selepas 3 minggu luka telah kembali kemerahan berbanding sebelumnya.

Banyak lagi kebaikan Vivix yang akan kak Y kongsikan dengan korang dalam entri2 yang akan datang tau! So, stay tune ya! Kepada yang nak tanya lebih lanjut pasal Vivix, boleh hubungi kak Y dan kak Y berbesar hati untuk kongsikan seribu satu kebaikan Vivix dengan korang. Macam kak Y selalu cakap...Kak Y Kongsi....


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Kak Y
ID: 1078743

call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302

add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan

Like FB Page:
 Nyhealthybeautywealthy
 
Instagram:
beauty.healthy.wealthy.ny

emel:
 yatiesams@gmail.com

COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU

~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.