Wednesday, March 8, 2017

Lecithin Atasi Masalah Sembelit Semasa Berpantang!

Assalamualaikum wbt....



Salah satu suplemen Shaklee yang benar2 menambat hati kak Y ialah Lecithin. Memang jatuh cinta gedebak gedebuk dengan si Lecithin dari mula berpantang anak kedua sampai lah sekarang! Nak tahu kenapa, baca entri kak Y sampai habis ya!

Sembelit Semasa Berpantang




Sembelit semasa pantang adalah perkara yang sangat digeruni oleh para ibu selepas melahirkan anak, samada bersalin secara normal mahupun c-sec, betul tak? Itu lah yang kak Y alami semasa berpantang kira-kira 3 tahun lepas! Bayangkan, sakit di tempat operation pun masih belum hilang sepenuhnya, terpaksa pula menahan sakit ketika membuang air besar! Terpaksa check in dalam tandas sampai setengah jam! OMGGGG!!!! 

Untuk permulaan, kak Y cuba lebihkan minum air masak dan dan sayuran dalam makanan yang kak Y ambil. Ye lah kan, orang dalam pantang bukan boleh ambil ubat atau makan sembarangan untuk kurangkan sembelit. Tapi keadaan sembelit kak Y makin menjadi2 sehingga kak Y akan fobia setiap kali terasa nak buang air besar. Rasa tak sanggup nak menahan sakit dan tengok darah berhamburan di mangkuk tandas gara-gara sembelit....Pertama kali melalui pengalaman sembelit, betapa kak Y mensyukuri nikmat buang air besar yang kak Y rasai sebelum ini!

Sehingga lah suatu hari tu kak Y baca semula risalah Shaklee yang ada pada kak Y tentang salah satu kebaikan Lecithin berfungsi melembutkan najis ! Kak Y tanpa fikir panjang terus membuat belian 2 botol sekaligus!hehehehe... Alhamdulillah, selepas dua kali makan Lecithin, sembelit kak Y berkurang dari sehari ke sehari sehingga lah kembali normal seperti biasa. Bersyukur sangat sebab Allah berikan ilham kepada kak Y untuk mencuba Lecithin sebagai ikhtiar pulihkan sembelit yang kak Y lalui semasa berpantang. 

Untuk pengetahuan korang, selain daripada dapat mengatasi masalah sembelit, lecithin juga membantu kak Y atasi masalah bengkak susu semasa pantang tau! kak Y masih ingat lagi semasa berpantang anak pertama, bengkak susu sampai rasa nak demam! huhuhuhu....Tapi masa tu masih belum mengenali Shaklee lagi, apatah lagi lecithin. Macam-macam petua kak Y cuba, namun tak berhasil...Payudara membengkak macam nak pecah! Lama juga ambil masa untuk hilang bengkak susu. Mujurlah bengkak susu semasa berpantang anak kedua tak seteruk kali pertama! Mungkin sebab kak Y amalkan lecithin untuk sembelit, jadi bonus lah untuk kurangkan bengkak susu juga.



Istimewa untuk anda, bulan ini promosi Lecithin BELI 1 PERCUMA 1, korang dah jimat RM55.65 (harga selepas gst) tau! Kepada yang berminat nak dapatkan lecithin dengan harga promosi, boleh hubungi kak y seperti berikut ya:


Call/SMS/ WhatsApp/Telegram : 0199774302

FB: Norhayati binti Mazlan

FB page: nyhealthybeautywealthy

Blog: umihabibi82@blogspot.com

IG: beauty.healthy.wealthy.ny



~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.

No comments:

Post a Comment