5 makanan yang wajib anda ambil untuk kurus!

Assalamualaikum wbt...

Tahun 2017 ni mesti ramai yang berazam untuk kurus kan? Samada ianya adalah azam yang baru ataupun azam yang di bawa dari tahun lepas, matlamatnya adalah untuk kurus! 

Ada sesetengah orang terutamanya wanita, objektif utama untuk kurus adalah untuk kelihatan cantik dan menarik. Tapi bagi Kak Y pula, matlamat utama kak Y untuk kurus adalah untuk sihat dan mudah untuk melakukan aktiviti harian. Lain orang lain pendapat ya, tak mengapa.

Banyak cara untuk kurus. Kawal pemakanan dan senaman yang berterusan adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan pengambilan manakan tinggi karbohidrat dan minuman manis adalah perkara yang paling asas sekiranya korang memang nak kurus! Banyakkan minum air masak ya. Bagi senaman pula, mulakan dengan senaman yang korang rasa boleh enjoy, contoh nya jalan kaki ke, jogging atau zumba! 

Entri kali ini kak Y nak kongsikan 5 makanan yang boleh korang ambil untuk tingkatkan metabolisme. Apa itu metabolisme dan kenapa ia penting untuk kurus?

Metabolisme merupakan jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk kekalkan fungsi2 asas tubuh! Apabila metabolisme dalam tubuh kita tinggi, maka makanan yang kita makan akan lebih cepat ditukarkan kepada tenaga dan dibakar sebelum terkumpul menjadi lemak! 

5 Makanan Yang Membantu Tingkatkan Metabolisme



Teh Hijau






Teh hijau tinggi anti oksidan dan membantu meningkatkan metabolisme tubuh! Kajian menunjukkan dengan meminum 2 cawan teh hijau sehari mampu meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih kalori sebanyak 17% semasa bersenam! Selain meningkatkan metabolisme, teh hijau juga bagus untuk mencegah kerosakan gigi dan kanser.



Bawang putih





Selain digunakan sebagai penyedap makanan, bawang putih mempunyai khasiat tersendiri dalam proses penurunan berat badan dengan mengurai dan memecahkan lemak dalam badan.  Selain itu, bawang putih juga berfungsi mengawal tekanan darah dan merendahkan tahap kolesterol. So, lepas ni jangan lupa lebihkan pengambilan bawang putih dalam menu korang ya!




Kekacang





Kekacang memang sedap dijadikan sebagai kudapan kan tapi ramai yang tak tahu manfaat kekacang kepada tubuh. Kekacang kaya dengan sumber serat yang mana sangat membantu meningkatkan metabolisme tubuh kita. Kekacang seperti badam, walnut, gajus dan pistachio merupakan jenis-jenis kacang yang bagus dimakan jika korang tengah diet. Tetapi awas jika korang ada alahan terhadap kekacang ya! 



Brokoli




Brokoli memang sedap dimasak bersama bawang putih dan sos tiram! Kandungan vitamin B yang terdapat di dalam brokoli membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain teh hijau, brokoli juga tinggi anti oksidan yang baik untuk membantu singkirkan toksin dalam tubuh. Apabila metabolisme tinggi dan tubuh bebas toksin, proses menguruskan badan akan bertambah mudah, setuju tak?


Epal Hijau



Epal hijau memang sinonim dengan pengamal makanan sihat terutama yang tengah diet, betul tak? Kenapa agaknya epal hijau perlu dimakan untuk kurus ya? Sebiji epal hijau mengandungi 3 gram serat. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, epal hijau juga tinggi anti oksidan dan ia bagus untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Bak kata pepatah Inggeris, "an apple a day keeps the doctor away!" 

Kepada korang yang tengah berusaha turunkan berat badan, make sure ambil makanan2 yang kak Y mention di atas bagi menaikkan metabolisme korang ya. InsyaAllah, proses menurunkan berat badan akan lebih cepat dan mudah! Jangan lupa amalkan gaya hidup sihat juga ya. 

Semoga entri kak Y kali ini bermanfaat untuk korang. Oh ya, kedai online kak Y buka macam biasa ya, kalau korang berhajat nak mencuba suplemen Shaklee, boleh hubungi kak Y bila-bila masa sahaja. Adioss!



~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Kak Y
ID: 1078743

call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302

add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan

Like FB Page:
 Nyhealthybeautywealthy
Instagram:
beauty.healthy.wealthy.ny 

emel:
 yatiesams@gmail.com

COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.








Comments

Popular posts from this blog

Petua Paling Best Untuk Pudarkan Parut Jerawat Yang Hitam Dan Berlubang-Lubang di Muka!

Omega Guard...Minyak Ikan Terbaik Di Dunia!

7 tips mengatasi morning sickness dengan selamat dan berkesan!