Friday, December 12, 2014

Malu dengan gelaran 'Abang Botak' oleh isteri, suami tekad cari petua lebatkan rambut!

Assalamualaikum wbt...

Selamat sejahtera...


Rambut sinonim disebut sebagai mahkota wanita kan? Disebabkan jolokan "mahkota" tersebut, maka rambut perlu diberikan perhatian dan penjagaan khusus agar sentiasa kelihatan cantik, lebat, bermaya dan terurus walaupun bertudung. Malah, penjagaan rambut bagi wanita bertudung adalah lebih rumit berbanding wanita yang tidak bertudung'. Kalau tak percaya, jom saksikan video Pn Maria bercerita tentang masalah keguguran rambutnya yang kronik dan bagaimana beliau menanganinya!



Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.

Masalah berkaitan rambut bukan sahaja dialami oleh kaum Hawa, malah kaum lelaki juga tidak terlepas daripada masalah rambut terutama masalah keguguran. Jangan tak percaya ya, ramai kaum Adam yang gigih meminta tolong dengan Encik Gugel mencari petua lebatkan rambut!





Umi juga pernah dihubungi melalui sms seorang pelanggan lelaki yang bertanyakan produk Shaklee untuk penjagaan rambut. Beliau sudah berkahwin dan mengadu bahawa isterinya selalu memanggilnya dengan jolokan 'Abang Botak' sebab rambutnya yang semakin menipis dan menampakkan sebahagian daripada kulit kepalanya! Jika mula2 dulu, beliau menganggap gelaran Abang Botak tu macam manis  dan manja je, tapi lama-kelamaan beliau seakan berkecil hati setiap kali dipanggil sebegitu...

Menurut beliau, pelbagai cara dan ubat yang dicuba semata-mata untuk melebatkan rambutnya tetapi kebanyakkannya bersifat sementara sahaja! Selepas beberapa ketika, rambutnya akan kembali gugur...Simpati betul umi bila dengar ceritanya yang seakan-akan macam dah berputus asa untuk berusaha mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. 

Dalam entri kali ni, umi nak kongsikan tentang petua lebatkan rambut, bagi membantu anda yang mengalami masalah yang sama seperti  'Abang Botak'...Petua ini sesuai untuk diamalkan oleh lelaki dan wanita ya!

Untuk pengetahuan anda, setiap hari rambut kita kan gugur sebanyak 50-100 helai. Itu adalah perkara normal ye! Anda hanya akan mengalami masalah keguguran rambut apabila jumlahnya lebih banyak daripada itu. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keguguran rambut seperti kekurangan nutrisi, penggunaan bahan kimia yang berlebihan, faktor genetik dan juga perubahan hormon!

Salah satu usaha untuk melebatkan rambut ialah dengan mengamalkan petua-petua tradisional orang dulu-dulu. Apa yang bagusnya tentang petua-petua ini ialah penggunaan bahan-bahan semulajadi yang terdapat disekeliling kita. Keberkesanannya pula, bergantung kepada keserasian dan kekerapan petua tersebut diamalkan. Berikut umi kongsikan petua tradisional untuk melebatkan rambut:

  1. Kisar sebiji nanas sampai menjadi jus. Biarkan semalaman baru lumur pada rambut selama 15-30 minit. Amalkan 3 kali seminggu
  2. Ramas daun bunga raya dan beberapa helai daun pandan bersama air. Sapukan pada rambut seperti menggunakan syampu, Bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.
  3. Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda, ramas ke dalam semangkuk air dan biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada rambut sehingga dan biarkan lebih kurang 20minit. Bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan setiap 2 hari.
  4. Lumurkan pati santan kelapa pada rambut/ kulit kepala. Bungkus kepala dengan tuala bersih selama 15-30 minit. Kemudian bilas rambut sehingga bersih.
  5. Rendam tiga sudu teh semalaman bersama air mendidih. Setelah sejuk, embunkan selama satu malam. Setelah itu, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam. Kemudian baru dicuci. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan lihat lah hasilnya.
Bila baca macam-macam petua untuk lebatkan rambut, teringat masa zaman sekolah menengah dulu, waktu tinggal di asrama. Kalau hari minggu, ramai lah warga aspuri (gelaran untuk penghuni asrama perempuan) yang akan buat kenduri daun bunga raya! Memang banyak pokok bunga raya yang ditanam di kawasan asrama waktu tu. Petik daun bunga raya banyak2 dan ramas-ramas dalam baldi. Lepas tu masing-masing ceduk sikit sorang untuk dilumur atas kepala. hehehe...kelakar pulak bila teringat semula kisah zaman sekolah! 

Bagaimana vitamin Shaklee membantu masalah keguguran rambut?

Salah satu faktor yang menyebabkan keguguran rambut ialah kekurangan zinc dalam diet harian kita. Bagi mengekalkan kesihatan rambut, kita perlu mengambil sebanyak 25-50mg zinc setiap hari. Makanan yang kaya dengan sumber zinc ialah produk tenusu, bayam, kekacang dan tiram. Ops, jangan lupa tambahkan keperluan zinc anda dengan mengamalkan mengambil sebiji Zinc Complex Shaklee setiap hari ya!



Harga sebotol RM33.75, tahan sehingga 4 bulan

Selain daripada fungsinya membekalkan tenaga untuk keperluan harian, Energizing Soy Protien (ESP) juga berfungsi membantu menguatkan rambut. Rambut terdiri daripada protein yang dipanggil keratin yang dibentuk oleh  gabungan 18 jenis asid amino. ESP membekalkan protein yang terbaik  untuk pembinaan tisu2 baru dan menggalakkan pertumbuhan rambut. 



Harga 1 canister rm150, boleh tahan sehingga 2 bulan!

Kolagen merupakan komponen penting dalam pertumbuhan rambut. Ini kerana kolagen membantu meningkatkan suhu badan dan mengawal peredaran darah yang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut. Collagen Powder Shaklee membantu mengelakkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang kuat, lebat dan bersinar. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Collagen Powder Shaklee ya!


Harga sekotak rm298

Bagi penjagaan luaran pula, anda disarankan menggunakan syampu Prosante bagi mengelakkan masalah keguguran dan kerosakan rambut! Masalah berkaitan rambut berpunca daripada kulit kepala yang tidak sihat dan Prosante membantu membekalkan nutrien yang mencukupi bagi mengekalkan kesihatan kulit kepala agar rambut sentiasa sihat dan lebat.


Harga sebotol RM62.50, 237ml

Umi percaya, ramai pembaca diluar sana yang mengalami masalah seperti Abang Botak tapi tak tahu nak buat apa kan? Ha, apa kata anda cuba amalkan pemakanan suplemen2 yang umi senaraikan di atas bagi menggalakkan semula pertumbuhan rambut yang dah banyak gugur tu. Takkan nak biarkan sampai dah botak baru nak menggagau cari solusi, betul tak? Kebiasaannya, orang yang mengalami masalah rambut gugur, terutama kaum lelaki akan nampak lebih tua berbanding usia sebenar! Malu bukan kalau umur baru 25 tahun tapi dah nampak macam umur 40 an...Oh tidakkkkkk!! 

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU



~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.




2 comments: