Resepi Sotong Masak TomYam

Assalamualaikum readers...

Salam Jumaat...

Alhamdulillah dipanjangkan usia bertemu sekali lagi dengan hari Jumaat yang penuh barakah ini. Sebagai umat Islam, setiap hari adalah hari yang baik dan hari Jumaat merupakan Penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa penting yang terjadi pada hari Jumaat seperti:
  • Allah SWT telah ciptakan Nabi Adam AS
  • Nabi Adam AS dimasukkan ke dalam syurga
  • Allah mewafatkan Nabi Adam AS
  • Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat
Kita juga disarankan supaya memperbanyakkan berzikir, berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan berdoa pada hari Jumaat kerana ianya adalah hari yang mustajab untuk berdoa. 

Ok, tazkirah sikit hari Jumaat nie ya, cari pahala!hehehehe...

Entri umi kali nie agak berbeza dengan entri2 sebelum nie yang banyak bercerita dan berkongsi pasal faedah dan manfaat2 rangkaian produk Shaklee yang sememangnya semulajadi, selamat dan berkesan. Dan yang paling penting HALAL! 

Hari nie umi nak jadi ala-ala chef Wan, iaitu Chef Tie! Nak share dengan uollsss satu resepi yang umi masak malam tadi untuk santapan dinner umi anak beranak iaitu Sotong Goreng TomYam! 

SOTONG GORENG TOMYAM

Bahan-bahan:

500g sotong
1 biji bawang Holand - mayang
1 inci halia - mayang
2 biji bawang putih - mayang
2 batang serai - ketuk2
daun limau purut
cili api
sos tiram
kunyit & garam
minyak masak
1 sk pes tomyam (yg nie umi tambah)
Sedikit sayur2an (carrot, tomato & bunga kobis)

Cara-Cara
  1. Bersihkan sotong, potong ikut suka kemudian perapkan dengan garam dan kunyit. Ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang holand, bawang putih, halia hingga layu dan naik bau.
  3. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan kecilkan api. Biarkan selama 3minit.
  4. Masukkan daun limau purut, pes tomyam, cili api, sos tiram dan juga serai. 
  5. Masukkan sayur2an dan kacau lagi.
  6. Kalau kurang masin, tambahkan garam. Tapi umi tak tambah dah sebab dah cukup masin, manis dan masamnya...
  7. Angkat dan hidangkan. 
Dan, inilah hasilnya....taraaaaaaa....


Sotong Goreng TomYam Madu

Alhamdulillah, resepi nie menepati tekak umi dan anak-anak. Habis lah semangkuk nie malam tadi. Lepas nie bolehlah menambah variasi masakan untuk sotong. Kebiasaannya, sotong umi masak kunyit je, takpun masak sambal.  Sotong nie feveret anak umi yang sulung, tu yang selalu masak! Kalau uollsss nak try resipi nie dan resepi2 lain, kat My Resipi banyak sangat resepi yang best! cuba la pastu pos kat umi tau!


Comments

  1. Waaa..sedap nya.... tak susah sngt nak buat nye.boleh cuba nih

    jom join segmen blogwalking

    ReplyDelete
  2. saya kalau sotong selalu masak sambal atau kari je, takpun buat kerabu..resepi ni dah boleh masuk dalam list sotong..tq for sharing

    DEMAM SELSEMA? KETAHUI CARA CEPAT PULIHKANNYA

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Paling Best Untuk Pudarkan Parut Jerawat Yang Hitam Dan Berlubang-Lubang di Muka!

Anak yang susah hati bila mak selalu mengadu sakit lutut

7 tips mengatasi morning sickness dengan selamat dan berkesan!