Thursday, March 5, 2015

Cara Naikkan Hb Semasa Hamil Elakkan Kelahiran Bayi Pramatang!

Assalamualaikum readers...

Selamat Sejahtera,


Bayangkan anak yang dikandung dijangka akan lahir pada minggu ke-40, tiba2 tanda untuk melahirkan telah ada di usia kandungan baru mencecah 27 minggu? Semestinya anda akan panik bukan? Mau nya tidak, persediaan untuk menyambut kelahiran orang baru masih belum siap sepenuhnya tetapi rasa sakit nak bersalin memang dah tak tertahan! Dalam keadaan si ibu dan si bapa yang masih belum cukup bersedia, lahirlah seorang bayi dalam keadaan pramatang...Alhamdulillah, bayi dan ibu kedua2nya selamat dan sihat. Tetapi penjagaan bayi pra matang bukan lah semudah penjagaan bayi yang dilahirkan cukup bulan.






Nak tahu cerita disebalik kelahiran pra matang bayi tersebut? Sebelum tu, umi kongsikan dulu satu video yang ada kaitan dengan kelahiran pra matang sekiranya si ibu mengambil enteng tentang perkara yang sepatutnya dikawal semasa mengandung!


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Mesti anda dah dapat mengagak masalah yang dilalui oleh siibu semasa hamil sehingga menyebabkan kelahiran bayi pra matang. Ya, ianya berkaitan dengan paras hemoglobin atau lebih dikenali sbg Hb didalam darah si ibu rendah! 

Kenapa Penting Untuk Pastikan Paras Hemoglobin (Hb) Normal Semasa Hamil?

Hemoglobin adalah sejenis molekul protien yang terdapat di dalam sel darah merah dan berfungsi mengangkut oksigen melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Wanita hamil perlu memastikan bacaan Hb mereka pada paras normal bagi menampung keperluan ibu dan bayi yang dikandung.  Paras normal bacaan Hb bagi ibu mengandung ialah <11g/dl. 

Kekurangan Hb akan menyebabkan anemia kepada ibu mengandung! Anemia berlaku apabila jumlah ion besi di dalam hemoglobin tidak mencukupi mengakibatkan sel darah merah menjadi tidak sihat untuk membekalkan oksigen kepada tisu-tisu badan. Ibu mengandung yang mengidap anemia biasanya akan kelihatan pucat dan tidak bermaya, cepat letih , mengalami sesak nafas, pening dan rasa seperti nak pitam dan juga jantung berdegup dengan laju! Bagi kes yang lebih teruk, anemia boleh mengakibatkan kematian siibu dan juga kandungan! 

Apakah Kesan Hb Rendah Kepada Bayi Dalam Kandungan?

Anemia bukan sahaja mendatangkan kesan buruk kepada siibu, malah juga mendatangkan masalah kepada perkembangan bayi di dalam kandungan!


  • Kandungan kurang dari 5 bulan (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses  pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.
  • Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28 minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan. 
  • Kandungan 7 bulan ke atas (28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Mahukan perkara sebegini berlaku kepada anda? Mesti taknak kan!

Cara Terbaik Untuk Menaikkan Bacaan Hb Semasa Mengandung!

Berdasarkan pengalaman umi yang juga pernah mengalami masalah bacaan Hb rendah (9.0) semasa mengandungkan anak pertama, doktor menasihatkan umi supaya banyakkan makan bayam, makanan laut seperti kerang dan ikan bilis dan juga organ dalaman seperti limpa dan hati ayam. 

Mujur lah makanan yang disarankan oleh doktor adalah makanan kegemaran umi macam bayam, ikan bilis dan hati ayam. Makanya, setiap hari umi akan ulang menu yang sama sampai naik muak! Tapi, kononnya demi kesihatan umi dan bayi yang dikandung, ku telan jua! Sampai satu masa, umi terbaca tentang keburukan hati ayam! Rupa-rupanya hati adalah tempat berkumpul segala jenis toksik yang terdapat dalam badan ayam! Semestinya hati ayam yang dimakan tu penuh dengan toksik-toksik bahaya kan. 

Ya Allah, masa tu memang rasa sangat menyesal sebab belumpun lahir kedunia, sikecil sudahpun didedahkan dengan toksik yang berbahaya. Risau juga akan mendatangkan kesan kepada kesihatannya apabila lahir nanti!

Bagi mengelakkan kesilapan yang sama berulang, sebaik mengetahui mengandung anak yang kedua, umi mula mencari suplemen yang kaya dengan zat besi bagi memastikan bacaan Hb umi tidak mengalami masalah. Semenjak itu, umi mengenali Vitalea Shaklee, multivitamin yang kaya dengan zat besi dan diformulasikan khusus dengan 28 vitamin yang lengkap untuk keperluan tubuh! Alhamdulillah, bulan berikutnya bacaan Hb umi naik kepada 11! Syukur sangat2 kerana dibukakan pintu hati untuk mencuba Vitalea. Selain bagus untuk menaikkan Hb, Vitalea juga memberikan tenaga agar umi kekal cergas walaupun perut dah memboyot. Bila keperluan gizi dan nutrisi mencukupi, memang takkan ada masalah letih dan lesu walaupun mengandung. 

Bertindaklah Sebelum Terlambat!

Nasihat umi kepada ibu mengandung yang mempunyai masalah Hb rendah, cepat2 lah bertindak sebelum terlambat. Jangan pandang remeh masalah ini kerana ianya boleh mendatangkan keburukan kepada anda dan juga bayi yang dikandung. Bayangkan jika anda terpaksa melahirkan bayi pramatang akibat masalah Hb anda yang tidak diatasi semasa mengandung! Tak dapat umi bayangkan anak meninggal di dalam kandungan kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya kerana ibunya gagal mengatasi masalah kurang hemoglobin dalam darah!

Sekiranya anda seorang ibu mengandung yang prihatin, lakukan yang terbaik untuk anda dan juga kandungan yang semakin hari semakin membesar. Hubungi umi untuk mendapatkan Vitalea Shaklee ataupun Set Hamil Shaklee yang sememangnya umi akan highly recommended kepada sesiapa yang sedang mengandung. Jika anda berada di kawasan jajahan umi, boleh hubungi umi untuk penghantaran percuma dan semestinya konsultasi terbaik dari umi.


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU



~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.








No comments:

Post a Comment