Wednesday, October 15, 2014

Lagi kesah Vitamin B Complex!

Assalamualaikum readers....

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik....demam pun dah beransur pulih dan hari nie umi pun dah g keje dah...sampai kt ofis, banyak pulak keje menunggu! Tu yang dok pulun siapkan keje siang tadi...Alhamdulillah, tinggal sket je lagi untuk disetelkan esok...

Lepas buat entri pasal vitamin B-COMPLEX SHAKLEE kt sini, rase macam teruja pulak nak siasat lagi pasal kelebihan yang ade pada vitamin hebat nie! Kali nie umi nak share pulak pasal jenis2 vitamin B nie...




Kalau uollss nak tau, fungsi vitamin B dalam badan kite nie diibaratkan seperti minyak kereta yang menggerakkan sesebuah kereta! Ha, tu dia! Kereta kalau takde minyak, kompem la mati di tgh jalan kan?hehehehe...Vitamin B Complex penting ini membantu menukarkan makanan yang dimakan kepada tenaga bagi memastikan kite kekal bertenaga sepanjang hari! Tetapi, uollsss kene make sure vitamin B yang korang makan tu mengandungi kelapan2 jenis vitamin B lengkap bagi memastikan keberkesanan yang optimum!

B1 (Thiamin)
  • Membantu badan membina sel baru yang sihat
  • Juga dikenali sebagai vitamin anti stress kerana keupayaannya untuk melindungi sistem imun
  • Perlu untuk membantu memecahkan karbohidrat kepada tenaga
  • Boleh didapati daripada bijirin, kekacang, bayam dan gandum
B2 (Riboflavin)
  • berfungsi sebagai antioksidan yang membantu menentang radikal bebas (zarah dalam tubuh yang merosakkan sel) serta mencegah penuaan awal dan penularan sakit jantung
  • penting dalam pembentukan sel darah merah, yang mana diperlukan untuk membawa oksigen keseluruh badan
  • Beberapa  kajian yang menunjukkan bahawa B2 membantu mencegah migrain
  • Sumber B2 ialah badam, susu, yogurt, telur , bayam dan kacang soya
B3 (Niacin)
  • Meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik)
  • Dengan peningkatan kolesterol baik, maka akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik di dalam badan kite 
  • Juga mampu mengurangkan jerawat!
  • Boleh didapati daripada ragi, daging merah, susu, telur, kacang dan sayur-sayuran hijau
B5 (Pantothenic Acids)
  • Hampir terdapat dalam setiap kumpulan makanan
  • Memecahkan lemak dan karbohidrat untuk tenaga
  • Juga membantu menghasilkan hormon termasuk testosteron
  • Membantu menyihatkan kulit dengan mengurangkan tanda2 penuaan 
  • Sumber utama B5 ialah avokado, yogurt, telur, daging dan kekacang.

B6 (Pyridoxine) 
  • Bekerjasama dengan B9 dan B12 untuk mengawal tahap homocysteine (sejenis amino asid bukan protein yang dikaitkan dengan penyakit jantung)
  • Membantu mengawal emosi dan sleep pattern kerana ia membantu tubuh menghasilkan serotonin, melatonin dan norepinephrine, hormon tekanan
  • Mengurangkan keradangan seperti artritis rheumatoid
  • Boleh didapati daripada ayam, tuna, salmon, biji bunga matahari, keju, beras perang dan lobak merah.
B7 (Biotin) 
  • Juga dikenali sebagai "vitamin kecantikan" kerana membantu menyihatkan rambut, kulit dan kuku
  • Membantu mengawal paras glukosa dalam darah
  • Penting bagi ibu2 mengandung untuk pertumbuhan normal bayi
  • Punca makanan daripada barli, yis, ayam, ikan, kentang, kuning telur dan kacang

B9 (folat) 
  • Juga dikenali sebagai Asid Folik
  • Membantu mengatasi kemurungan dan memperbaiki daya ingatan/ fokus
  • Sangat penting untuk ibu hamil kerana ia menyokong pertumbuhan bayi dan mencegah kecacatan kelahiran neurologi 
  • Sumber B9 boleh didapati daripada sayur2an berdaun gelap, asparagus, salmon, susu, sayur2an akar dan kacang
B12 (cobalamin) 
  • Bekerjasama dengan B9 untuk menghasilkan sel darah merah dan membantu zat besi menjalankan tugasnya membentuk oksigen untuk membawa protein, hemoglobin)
  • Banyak terdapat di dalam daging. Vegetarian digalakkan mengambil vitamin B Complex dalam diet harian mereka bagi mengatasi kekurangan vitamin ini!
  • Sumber: ikan, kerang, susu, telur dan daging lembu
Vitamin B Complex Shaklee terdapat dalam set hamil, set pantang, set diabetes, set resdung, set kulit, set naik berat badan dan lain2 lagi...memang hot la Vitamin B Complex nie! 

Harga pun murah... sebotol hanya RM53.75 ade 120 biji. Hanya ambil sebiji sehari, so boleh tahan 4 bulan!

Nak order?


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU



No comments:

Post a Comment