Isteri risau luka suami lambat sembuh akibat diabetes!

Assalamualaikum readers...

Selamat sejahtera...


Sebulan yang lalu, seorang sahabat lama telah menghantar sms kepada umi mengadu tentang keadaan suaminya yang selalu keletihan dan tidak bermaya kerana penyakit kencing manis yang dihidapinya sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau memaklumkan bahawa kaki suaminya membengkak dan kudis yang terdapat di kakinya juga berwarna kehitaman...Begitu lah, kalau dah mengidap diabetes, memang luka akan lambat sembuh dan juga wajah pesakit akan kelihatan pucat tidak bermaya...

Beliau juga kedengaran seperti sudah buntu untuk mencari ubat bagi mengubati penyakit suaminya itu. Pelbagai cara telah dilakukan baik moden mahupun tradisional! Namun, isteri mana yang sanggup melihat suami menderita melawan sakit kan? Dalam waktu yang sama, sahabat umi itu juga bertanyakan tentang Vivix yang dikatakan boleh membantu menyembuhkan penyakit kencing manis! 

Sebelum umi menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan Vivix kepada beliau, umi tegaskan bahawa produk Shaklee bukan lah ubat yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit, tetapi sebagai makanan tambahan untuk mencegah dan merawat punca sesuatu penyakit. 


Kenali punca diabetes!




Diabetes ialah satu keadaan apabila paras gula di dalam darah melebihi paras normal! 

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.
Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Kenapa ramai menghidap diabetes?

  • Berlebihan berat badan/ kegemukan
  • Tidak bersenam dan amalan hidup yang tidak sihat
  • Pengambilan makanan yang kurang serat dan tinggi gula
  • Keturunan - diabetes mempunyai kaitan rapat dengan keluarga
  • Peningkatan umur - semakin tua, semakin banyak pengumpulan AGE protein yang menyumbang kepada komplikasi diabetes!
Bagaimana mencegah/mengawal diabetes?

Kalau ikutkan pengalaman umi yang juga mempunyai seorang ayah yang menghidapi kencing manis dan memang susah untuk makan ubat-ubatan hospital, beliau akan menahan diri daripada mengambil makanan yang manis, mengawal pengambilan nasi dan banyakkan minum air masak! Ayah juga akan membuat dan meminum air rebusan daun dan buah delima sebagai salah satu alternatif kepada ubat hospital tersebut.

Alhamdulillah, kaedah/ tips yang ayah umi gunakan memang mampu menurunkan paras gula dalam darah beliau, tetapi kesannya tidak konsisten dan lama kelamaan ayah dah tak mampu untuk menahan diri dari menikmati makanan kegemarannya! 

Itu kaedah yang ayah umi amalkan sejak didiagnos mengidap kencing manis...Kaedah orang lama2 lah katakan...Diantara kaedah/ tips lain untuk mencegah/merawat kencing manis ialah:

  • Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi
  • Amalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam atau berjogging 3 kali seminggu, 30 minit bagi setiap sesi
  • Pilih makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti buah2an dan sayur2an
  • Hindari rokok dan alkohol (bukan sahaja untuk pesakit diabetes, tetapi juga untuk sesiapa saja yang ingin mengekalkan kesihatan yang optimum kerana rokok dan alkohol nie bring more harm than good!)
Mengapa Vivix menjadi pilihan pesakit diabetes?




Vivix merupakan sejenis minuman botani yang diekstrak daripada bahan semulajadi yang tinggi antioksidan seperti anggur muskat, lobak ungu, elderberi dan polyganum cuspidatum. Keistimewaan Vivix ialah mempunyai ramuan sebatian yang dipanggil resveratrol! Apa itu resveratrol dan kelebihannya umi da pernah stori kat sini....Kenali Resveratrol...Komponen Utama Vivix! 

Kandungan resveratrol yang terdapat di dalam Vivix membantu pesakit diabetes dengan mengembalikan sensitiviti badan terhadap hormon insulin! Resveratrol akan mengaktifkan sejenis enzim yang dinamakan "SRIT 1" di dalam badan, yang mana enzim inilah yang yang mengawal tindakbalas badan terhadap insulin dan juga rembesan insulin! Pengaktifan enzim ini juga akan meningkatkan mitochondria di dalam sel-sel badan, memperbaiki fungsi sel dan meningkatkan kadar metabolisme badan. 

Kepada sahabat umi yang risau akan kesihatan suaminya,umi katakan padanya bahawa beliau telah membuat pilihan bijak dengan mencuba Vivix...Dengan penuh doa dan harapan, umi poskan sebotol Vivix kepadanya selepas bayaran diterima...Alhamdulillah, selepas 3 minggu, ini lah hasilnya: 




Syukur umi panjatkan ke hadrat Ilahi bila baca pm sahabat umi nie...Rasa terharu sangat sebab dapat membantu meringankan beban beliau dan suami. Doa umi agar suami beliau akan pulih dan dapat menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia, InsyaAllah...

Kepada uollsss yang diluar sana yang mempunyai masalah kesihatan seperti suami sahabat umi nie, umi sangat menyarankan agar uollsss mencuba Vivix nie. Kalau bukan untuk uollsss, mungkin juga untuk ibu atau ayah atau adik beradik uollsss yang ada penyakit kencing manis, hadiahkan untuk mereka! Ramai yang merungut tentang harga Vivix yang dikatakan mahal iaitu RM475 sebotol 150ml. Tetapi, mana lebih mahal ye, duit atau kesihatan orang yang uollsss sayang? Fikir-fikirkan lah...


Nak order?

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.

Comments

  1. salam yati..ada blog rupanya,kak ila ada blog baru tau..

    http://aryanazra.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Good sharing sis. Kunjung balas kesini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Paling Best Untuk Pudarkan Parut Jerawat Yang Hitam Dan Berlubang-Lubang di Muka!

Omega Guard...Minyak Ikan Terbaik Di Dunia!

7 tips mengatasi morning sickness dengan selamat dan berkesan!