Anak yang susah hati bila mak selalu mengadu sakit lutut

Assalamualaikum wbt...

Selamat sejahtera..

Emak umi merupakan salah seorang pengidap tegar sakit lutut...Setiap kali balik kampung dan tengok pergerakan emak yang agak terhad, sebak sangat rasa dihati! Sudah hampir 4 tahun mak mengerjakan  solat secara duduk...Umi percaya, ramai yang mengalami dilema seperti umi, anak yang susah hati bila emak selalu mengadu sakit lutut kan?





Umi cukup sensitif setiap kali dengar atau baca perkataan sakit lutut! Nak tahu kenapa? Semuanya bermula pada bulan Ramadhan tahun lalu apabila mak terpaksa dibawa ke Kuantan Specialist Hospital (KSH) kerana secara tiba-tiba mak tak boleh bangun untuk ke bilik air gara-gara tidak dapat bergerak akibat terlalu sakit di bahagian lutut! 

Masih terbayang di mata saat doktor tunjukkan keputusan x-ray lutut mak. Doktor cakap mak mengalami osteoarthritis kerana tulang rawan di bahagian lutut mak sudah terhakis dan geselan di antara dua tulang lutut mak yang menyebabkan kesakitan yang mak alami pada waktu tu! Patut la sejak setahun dua ni mak memang selalu menolak pelawaan kami jika diajak berjalan2, sakit lutut katanya...


Begini lah keadaan x-ray lutut emak 

Apa itu Osteoarthritis?

Osteoarthritis ialah sejenis penyakit radang sendi yang kronik dimana tulang rawan melindungi sendi lutut telah rosak. Keadaan ini akan menyebabkan kedua-dua tulang lutut akan bergesel di antara satu sama lain yang menyebabkan kesakitan, kekejangan dan pergerakan sendi hilang!

Di antara faktor yang menyumbang kepada osteoarthritis ialah peningkatan usia, obesiti, sejarah  kecederaan sendi yang laku, otot paha yang lemah dan juga faktor genetik. 

Tanda seseorang mengalami penyakit radang sendi ini ialah sakit di bahagian sendi, dan ada kalanya boleh menyebabkan kekejangan terutama di bahagian pinggul dan lutut. Kesakitan tersebut akan bertambah kuat sekiranya melakukan aktiviti berat yang melibatkan penggunaan sendi di bahagian yang sakit seperti naik turun tangga dan mengangkat barang berat.

Apa yang perlu dilakukan untuk kurangkan sakit sendi/ lutut?

Berbalik kepada kisah mak di hospital, doktor pakar menyarankan dua jenis rawatan bagi membantu mengurangkan kesakitan yang mak alami. Pertama, pembedahan menukar lutut besi dan kedua suntikan viskosuplemen iaitu suntikan gel seakan rawan bagi memulihkan pergerakan sendi. Orang tua kan, mana lah mau kalau dibedah2, takut kan main lagi! Katanya biarlah suntik berkali2 pun takpe, asalkan jangan bedah.

Disini umi nak kongsikan tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan sakit sendi/ lutut:

  1. Kekalkan berat badan ideal - berat badan berlebihan boleh menambahkan tekanan kepada badan dan lutut yang menyumbang kepada sakit lutut.  Dapatkan nasihat doktor untuk merancang plan diet sihat anda!
  2. Pilih senaman "low impact" - berjalan dan berenang adalah pilihan yang tepat bagi pengidap sakit lutut. Jangan lupa untuk "warm up" sebelum dan "cool down" selepas senaman. Elakkan aktiviti seperti memanjat gunung, mendaki bukit dan melompat bintang.
  3. Gunakan tongkat semasa berjalan - penggunaan tongkat dapat mengurangkan tekanan kepada lutut dan mengurangkan ketidakselesaan lutut.
  4. Lakukan rawatan akupuntur - rawatan tradisional masyarakat Cina yang menggunakan kaedah tusukan jarum halus pada bahagian2 yang sakit dikatakan mampu mengurangkan kesakitan sendi.
  5. Jangan memakai kasut tumit tinggi - pakai kasut atau sandal yang rata dan berkusyen lembut
Bagaimana Set Sendi Shaklee membantu masalah osteoarthritis mak?

Selain menjalani rawatan suntikan dilutut, mak juga mengambil set sendi Shaklee sebagai makanan tambahan untuk kesihatan lututnya...Alhamdulillah, keadaan lutut mak semakin baik dari sehari ke sehari. Set Sendi Shaklee terdiri daripada 3 jenis vitamin iaitu Ostematrix, Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dan Omega Guard.

Ostematrix membantu memadatkan semula tulang yang semakin rompong akibat kekurangan kalsium dalam tulang dan faktor peningkatan usia.

AJHT pula membantu mengisi semula bendalir lutut yang telah haus, meningkatkan fleksibiliti dan menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa yang lebih panjang.


Harga satu set ialah RM331 sahaja...

Umi suka untuk menyarankan kepada anak2 yang mempunya dilema yang sama agar menghadiahkan set sendi kepada mak atau ayah anda yang ada masalah sakit lutut. Jangan tunggu sampai dah jadi macam mak umi baru nak bertindak. Jangan ulang kesilapan yang umi dah pernah buat ya!Kalau bukan anak2 yang menjaga kebajikan mak ayah, nak harapkan siapa lagi ya? Berbakti lah kepada ibu bapa selagi hayat dikandung badan...wang ringgit boleh dicari, tetapi ibu bapa tiada galang gantinya. 

Untuk mendapatkan set sendi dan konsultansi percuma, hubungi umi ya!


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Nyhealthybeautywealthy
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.






Comments

  1. Kesiankan kalau tengok mak ayah sakit. Tambah2 sakit lutut. pergerakan pun terbatas. nak buat ibadah pun nampak sukar. kalau sayangkan mak ayah, bolehla hadiahkan suplemen Set sendi ni.

    CARA ATASI JERAWAT DAN PARUT

    ReplyDelete
  2. Blh cuba utk suami coz die slalu ngadu skit lutut..lgpn dgn keadaan kerja suami yg mncbr selalu pnjat tower

    Ketahui Cara Hilangkan perut buncit

    ReplyDelete
  3. Ayah pun slalu mengadu sengal2 lutut..risau juga..inshaAllah nak belikan juga untuk ayah

    CANTIK TANPA JERAWAT

    ReplyDelete
  4. orang tua paling kesian kalau sakit lutut..
    kebanyakan kerana kurang pelincir dan tulang jadi haus..

    Cara Tambah Selera Makan Anak Supaya Tidak Lagi Disindir Kemetot

    ReplyDelete
  5. elok juga kita standby awal-awal, nanti dah tua tak ada lah sakit lutut sebab kurang pelincir atau tulang haus kan.

    CARA MENGHILANGKAN KAHAK SUPAYA TAK PERLU BATUK SAMPAI SAKIT DADA

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Paling Best Untuk Pudarkan Parut Jerawat Yang Hitam Dan Berlubang-Lubang di Muka!

Omega Guard...Minyak Ikan Terbaik Di Dunia!

7 tips mengatasi morning sickness dengan selamat dan berkesan!