Tips Elak Cramp Sewaktu Mengandung Supaya Tak Terjaga Tengah Malam Menangis Menahan Sakit!

Assalamualaikum wbt...

Selamat Sejahtera..

Entri kali ini umi tujukan khas kepada para ibu yang sedang mengandung dan selalu sangat cramp/ kejang kaki! Umi tergerak hati untuk tulis entri nie berdasarkan pengalaman umi sendiri yang  kerap mengalami kekejangan semasa mengandungkan anak pertama. Masuk je trimester kedua, umi kerap  terjaga tengah malam sebab menahan sakit akibat cramp. Umi juga akan kongsikan tips elak cramp sewaktu hamil supaya tak terjaga tengah malam menangis menahan sakit!




Imbas kembali pengalaman mengandung dulu, dan selalu cramp, bila mengadu pada nurse time check up bulanan, dia cakap umi kurang kalsium. Umi pun dengan gigih makan la pil kalsium yang dibekalkan selain daripada minum susu setiap pagi dan malam. Tapi masih jugak tak hilang cramp sampai lah umi bersalin. Pasrah je lah waktu tu, asalkan baby dalam perut sihat walafiat kan...

Sebenarnya, umi dah alami cramp sejak zaman sekolah menengah lagi. Umi masih ingat lagi, sewaktu tinggal di asrama sejak tingkatan 2 sehingga ke tingkatan 5, boleh dikatakan hampir setiap minggu umi akan terjaga di waktu pagi kerana sakit akibat cramp sehingga lah umi dah masuk UiTM, baru lah tak pernah cramp! 

Mengapa berlakunya cramp semasa mengandung?

Menurut babycenter.com, terdapat beberapa teori tentang kejadian cramp semasa mengandung:

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah. Ini berlaku kerana bayi di dalam kandungan mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan si ibu.

  • Uterus (rahim) si ibu yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki, dan juga kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki si ibu.

  • Apabila mengandung, otot akan mudah letih disebabkan berat yang bertambah dan juga perut yang semakin membesar.

Teori di atas telah membuktikan kebenaran kata-kata nurse yang check umi semasa mengandung dulu, cramp sebab kurang kalsium! huhuhuhu...Disamping ambil pil kalsium yang klinik bekalkan (masa tu tak kenal Shaklee lagi), umi juga amalkan beberapa tips yang umi cari di internet dan juga melalui nasihat kawan-kawan.  Diantaranya ialah:
  1. Bila cramp berlaku, mula-mula umi akan luruskan kaki dan gerak2kan ujung jari kaki. Masa ni lah air mata keluar sebab menahan sakit yang amat sangat! Kalau hujung minggu, suami ada di rumah, dialah yang akan menjadi peneman setia di kala umi menahan sakit gara-gara cramp. 
  2. Lepas tu suami akan urut perlahan-lahan di tempat yang cramp tu bagi urat2 yang tegang dan keras tu mengendur. 
  3. Bila dah lega sikit, umi akan bangun dari katil dan berjalan perlahan-lahan untuk hilangkan kesakitan.
Begitu lah rutin yang umi lakukan dikala cramp menyerang kakiku yang gedabak ini! Selalunya, kesan sakit cramp akan berlarutan sehingga 1 ke 2 hari. Begitulah kesulitan yang terpaksa umi tanggung sewaktu mengandung anak sulung kira-kira 5tahun yang lalu.

Bagaimana Ostematrix membantu menyelesaikan masalah cramp semasa mengandung?

Alhamdulillah, sewaktu mengandung anak kedua pada tahun lepas, umi langsung tak mengalami masalah kaki kejang/ cramp seperti mengandung sebelumnya. Syukur sangat sebab dipertemukan dengan Set Hamil Shaklee yang sememangnya sangat membantu umi sepanjang mengandung! Salah satu vitamin dalam set hamil Shaklee ialah Ostematrix atau pil kalsium. 


Ostematrix bukan macam pil kalsium lain yang terdapat di pasaran ye! Ianya sangat berbeza kerana:
  • Diformulasi secara "easy to swallow", iaitu tablet mudah ditelan. Tablet ostematrix boleh dikategorikan agak besar pada anda yang tak berapa suka menelan suplemen berbentuk tablet, tetapi permukaan tablet Ostematrix yang licin memudahkan untuk ditelan. Umi sekali makan 4 biji ok, relaks je...hehehehehe...
  • Dilengkapi dengan Magnesium dan Vitamin D! Adalah satu pekerjaan yang sia-sia kalau anda amalkan pil kalsium yang tak mengandungi Magnesium dan Vitamin D ya!
  • Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik. Kalsium dan Vitamin D bekerjasama untuk membina tulang yang sihat dan kuat. Tanpa kehadiran Vitamin D, kalsium tidak akan 100% diserap ke tulang temulang anda...
  • Apabila kalsium diserap dengan sepenuhnya oleh tulang, maka magnesium akan membantu untuk menguatkan tulang anda!
Umi memang bersyukur sangat sebab Allah temukan umi dengan Ostematrix dan Set Hamil Shaklee tepat pada waktunya! Ostematrix memang membantu umi mengelakkan masalah cramp sewaktu hamil. Sampai sekarang pun, umi wajib telan Ostematrix sebelum tidur. Alhamdulillah, tidur lena dan bila bangun pagi, umi rasa cergas dan tiada masalah sakit-sakit badan. 

Umi nak belanja satu video testimoni Ostematrix semasa mengandung. Puan dalam video ni walaupun dah mengandung 7 bulan, masih boleh pant candi Borobodur lagi nyah! Mengalahkan kawan2 lain yang tak mengandung! Tak penat dan tak cramps pun...Jom sama2 saksikan:






Kepada mummy2 gojes yang mempunyai masalah selalu cramp sewaktu mengandung, cepat2 dapatkan Ostematrix bagi mengatasi masalah tersebut. Larat ke kalau terpaksa berjaga tengah2 malam gara2 sakit menahan 'simpul biawak' setiap malam? Mesti tak sanggup kan! 

Kebetulan pula Ostematrix ada promosi bulan ini, beli 6 percuma 1 ataupun beli 2 botol dan anda akan enjoy diskaun sebanyak 5%. Jadi, ambillah kesempatan promosi ini untuk dapatkan Ostematrix pada harga yang lebih murah dan berbaloi-baloi! Dan sekiranya anda berada berdekatan, boleh hubungi umi untuk COD, dah jimat kos pos kan. 

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU



~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.





Comments

Popular posts from this blog

Petua Paling Best Untuk Pudarkan Parut Jerawat Yang Hitam Dan Berlubang-Lubang di Muka!

Omega Guard...Minyak Ikan Terbaik Di Dunia!

7 tips mengatasi morning sickness dengan selamat dan berkesan!