Ibu lega setelah temui cara atasi sembelit anak-anak kesayangannya

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Sembelit memang sangat menyeksakan! Bukan golongan dewasa sahaja yang berisiko mendapat sembelit, malahan kanak-kanak juga mengalami masalah yang sama. Salah seorang sahabat umi, seorang ibu kepada tiga orang anak pernah mempunyai masalah yang sama! Ketiga-tiga anaknya dalam lingkungan usia 2-10 tahun, selalu mengalami masalah untuk membuang air besar...Namun begitu, kini beliau lega setelah temui cara atasi sembelit anak-anak kesayangannya... Masalah sembelit di kalangan kanak-kanak disebabkan faktor pemakanan yang tidak seimbang dan kurang kandungan air di dalam badan. Apabila kekurangan pengambilan makanan yang tinggi serat, ditambah pula dengan kekurangan cecair di dalam badan, najis akan menjadi keras dan berketul! Proses pembuangan air besar akan jadi menyakitkan dan bagaikan satu mimpi ngeri bagi kanak-kanak untuk ke tandas! Ada di antara mereka yang sanggup menahan diri daripada membuang air besar... Bahaya Sembel...