Top 10 Petanda Bahawa Anda Berkemungkinan Sedang Hamil!

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera, Sejak akhir-akhir ini, topik hamil menjadi perbualan kak Y dan rakan-rakan sepejabat. Ada yang baru melalui tempoh kehamilan dan telahpun selamat melahirkan dan ada juga yang masih lagi ternanti-nanti bilakah akan hamil! Maklum lah, ada diantara rakan kerja kak Y yang dah 5 ke 6 tahun tidak mengandung...sabar ye kawan, giliranmu akan tiba jua. Jangan putus asa dan teruskan usaha. Bila bercakap soal kehamilan, terdapat pelbagai tanda yang menunjukkan seorang wanita itu sedang hamil. Tetapi tidak semua wanita melalui perkara yang sama kerana ada wanita yang langsung tidak sedar yang dirinya mengandung 5 bulan! Disini kak Y senaraikan top 10 petanda yang menunjukkan bahawa anda berkemungkinan sedang hamil: Petanda #1 - Lewat Datang Haid Ini petanda yang paling umum! Bagi anda yang mempunyai kitaran haid yang teratur, lewat datang haid dalam tempoh seminggu atau lebih, berkemungkinan besar anda sedang hamil! Tetapi, jika haid anda t...