Suplemen Untuk Ibu Hamil Kekal Cergas Dan Bertenaga!
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
Kak Y ucapkan tahniah kepada anda yang sedang mengandung! Mesti masing-masing tak sabar menunggukan kehadiran cahayamata yang akan menjadi penyeri kepada rumah tangga, bukan? Alhamdulillah, kak Y juga telah melalui detik2 hebat ini sebanyak 2 kali, iaitu pada tahun 2010 dan juga 2014. Syukur tak terhingga dikurniakan dua anak lelaki yang sihat dan comel.
Kak Y percaya ramai dikalangan ibu-ibu mengandung yang masih tercari-cari suplemen yang sesuai untuk diamalkan. Selain daripada memastikan pemakanan yang sihat, suplemen juga sangat penting bagi memastikan keperluan nutrisi ibu dan juga bayi yang dikandung mencukupi. Dalam entri kali ini, kak Y akan kongsikan kepentingan dan kebaikan Set Hamil Shaklee, iaitu set pertama yang kak Y ambil dan terus jatuh cinta dengan Shaklee!
Ada Apa Dengan Set Hamil Shaklee?
Set Hamil Shaklee terdiri daripada:
VITA-LEA IRON FORMULA
Ada Apa Dengan Set Hamil Shaklee?
Set Hamil Shaklee terdiri daripada:
VITA-LEA IRON FORMULA
- Sejenis multivitamin yang lengkap dengan 30nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada buah-buahan dan sayuran, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.
- Jika anda telah mengambil Vita-Lea semasa mengandung, anda tidak perlu lagi mengambil Obimin kerana terdapat sesetengah ibu mengandung tidak boleh makan Obimin!
- Dilengkapi dengan zat besi yang penting bagi pembentukan hemoglobin kerana ibu mengandung perlu melepasi tahap bacaan Hb melebihi 10g/dl bagi mengelakkan terjadinya anemia yang boleh mengakibatkan kelahiran bayi pra matang ataupun kematian bayi!
- Juga membantu mengatasi keletihan dan lesu, masalah selalu pitam dan pengsan semasa hamil.
- Keunikan yang terdapat pada B-Complex Shaklee ialah kerana ianya lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B. Ibu mengandung memerlukan 400mcg b-complex untuk keperluan harian.
- Vitamin B-Complex membantu meningkatkan tenaga semasa mengandung dan perlu untuk perkembangan sistem saraf bayi di dalam kandungan.
- Tubuh ibu mengandung memerlukan folat (asid folik) untuk pertumbuhan embrio dan mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang pada bayi seperti spina bifida.
- Bagi wanita yang merancang untuk hamil, doktor menyarankan pengambilan b-complex seawal tiga bulan sebelum hamil.
- Menguatkan sistem imun ibu hamil agar sentiasa sihat sepanjang kehamilan. Juga bertindak menggalakkan badan untuk menyerap zat besi yang diperlukan semasa mengandung.
- Melindungi sel penting dalam pembentukan kolagen bagi membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga penting untuk gigi dan gusi yang sihat.
- 1 tablet Sustained Released Vita-C 500mg bersamaan dengan 7biji buah oren. Rasa-rasa mampu tak tekak kita nak menelan 7 biji oren sehari?
- Kalsium diperlukan oleh tubuh untuk membina gigi dan tulang yang kuat. Ibu hamil memerlukan 1000-1300mg kalsium bagi keperluan harian mereka.
- Kalsium yang baik mesti mengandungi Magnesium dan Vitamin D bagi membolehkan penyerapan kalsium oleh tulang secara optimum!
- Kalsium penting bagi memastikan proses pembekuan darah berlaku secara normal, otot dan saraf berfungsi dengan betul dan jantung berdegup dengan normal.
- Bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang mencukupi untuk membina tulang dan gigi yang kuat! Sekiranya bayi tidak mendapat bekalan kalsium yang mencukupi, badan akan menyerap kalsium daripada si ibu, dan keadaan ini akan menyebabkan si ibu berisiko untuk mendapat penyakit osteoporosis.
- ESP sangat penting bagi pembentukan otot bayi semasa di dalam kandungan. Juga memelihara dan membina otot ibu mengandung akibat kehilangan otot kerana kurang bersenam semasa hamil!
- Ibu mengandung memerlukan 70g protien bagi memenuhi keperluan harian. Khasiat protein juga membantu memudahkan proses bersalin.
- Dengan mengambil ESP semasa hamil, masalah keletihan dan kelesuan akan berkurangan. Ibu mengandung juga akan merasa kenyang dengan lebih lama selepas mengambil ESP.
- Sejenis minyak ikan terbaik di dunia yang membekalkan DHA dan EPA untuk perkembangan otak dan mata bayi di dalam kandungan.
- Berbanding minyak ikan lain yang mungkin mengandungi merkuri, Omega Guard menjalankan proses pemeringkatan ultratulen bagi memastikan bahan-bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri dan arsenik disingkirkan bagi menghasilkan minyak ikan yang tulen dan selamat dimakan!
- Bagus untuk ibu mengandung yang mengandungi masalah berat badan berlebihan dan tahap kolesterol yang tinggi.
Pengalaman Sendiri Amalkan Set Hamil Shaklee!
Alhamdulillah, syukur sangat kerana Allah mempertemukan kak Y dengan Set Hamil yang sangat berbaloi2 ini! Di antara kebaikan Set Hamil yang kak Y sendiri rasakan sepanjang kehamilan ialah:
- sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan! Tiada masalah bacaan Hb rendah seperti sebelumnya. Ketahui lebih lanjut bahaya masalah Hb rendah semasa kehamilan di SINI ya!
- Alhamdulillah, Allah kurniakan kak Y bayi yang sihat dan sempurna, tiada cacat cela terutamanya masalah saraf tunjang terbuka atau spina bifida iaitu yang paling ditakuti oleh ibu-ibu mengandung akibat kekurangan asid folik!
- Tiada masalah cramps semasa hamil...(Ibu-ibu hamil yang ada masalah selalu cramps, boleh baca ENTRI ini untuk tips ya!)
- Dengan pengambilan B-Complex dan juga ESP, kak Y bebas diabetes semasa hamil walaupun berlebihan berat badan. (Umi sememangnya dah lebih berat badan walaupun tak mengandung!hehehehe...)
- Omega Guard membantu mengawal paras kolesterol dalam darah...Pada trimester pertama memang ada masalah kolesterol agak tinggi, tetapi selepas konsisten dengan Omega Guard, masuk trimester kedua, bacaan kolesterol dan cantekkkk!
- Vitamin C dan ESP juga membantu menangani masalah morning sickness dengan berkesan. Masalah tak lalu makan akibat morning sickness boleh diatasi dengan ESP kerana satu bancuhan ESP boleh menyebabkan kenyang untuk jangka masa yang lama.
Testimoni ibu-Ibu Yang Berpuas Hati Selepas Amalkan Set Hamil Shaklee!
Deretan testimoni ibu hamil yang teruja selepas amalkan Set Hamil! |
Recommended by Doctor! |
Bertenaga walaupun masih menyusu |
Harga Satu Set Hamil Shaklee Mahal?
Jangan risau, anda boleh dapatkan set hamil Shaklee mengikut bajet anda:
- Set Bajet (Vitalea & B-Complex)
- Set Trimester I (Vitalea, B-Complex, Ostematrix & Sustained Release Vit C 500mg)
- Set Trimester II & III (Set 1 Trimester + ESP dan Omega Guard)
Tetapi, berdasarkan pengalaman kak Y, beli full set lagi jimat sebenarnya. Mana tak nya, penggunaan Set Hamil Shaklee bukanlah untuk sebulan, ada yang tahan sehingga 6 bulan tau! Contohnya, Sustained Release Vita-C 500mg manakala b-Complex pula tempoh penggunaannya sehingga 4 bulan! Tak jimat lagi ke kalau macam tu?
Sebagai seorang ibu yang bakal melahirkan anak, umi percaya kita semua mahukan khasiat dan nutrisi yang terbaik disalurkan kepada bayi yang dikandung, bukan? Jadi buatlah pilihan yang bijak dengan mengamalkan Set Hamil Shaklee yang ternyata sihat untuk diamalkan, selamat daripada bahan kimia merbahaya dan semestinya berkesan, kerana kak Y sendiri dah rasai keberkesanannya!
Hubungi kak Y untuk pertanyaan tentang Set Hamil Shaklee dan kak Y akan janjikan konsultasi terbaik khas untuk pelanggan2 kak Y. Kepada yang tinggal berdekatan dengan kawasan jajahan kak Y, boleh set masa untuk appoinment ya!
~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~
kak Y
ID: 1514172
call/sms/whatsapp/telegram:
01156503842
add & pm:
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
Nyhealthybeautywealthy
emel:
yatiesams@gmail.com
COD area
Sekitar kawasan Kuantan
Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU
~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan.
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.
Wah.
ReplyDeleteMummy saya antara pelanggan Shaklee, saya pun turut merasa Vitamin-vitamin ini.
Tapi, vitamin yang sesuailah dengan gender dan keperluan seseorang kan.
Best bila ambil supplement yang semulajadi, selamat dan berkesan ni kan? Sedap rasa badan ni
ReplyDelete